
Sedap sungguh cucur cheese ni. Makan panas-panas sedap sungguh. Rangup dan membuka selera. Kalau terasa nak buat cucur yang sedap selain cucur bilis, jom buat cucur cheese. Senang sangat ni. Bahan pun tak banyak nak guna. Cuma 5 bahan je untuk buat cucur cheese ni tau.
CUCUR CHEESE PANAS VIRAL

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan air panas
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Cheese
Cara membuat
1. Adunkan tepung dengan air panas, gula dan garam sampai sebati atau pejal. Jangan lembik.
2. Bulatkan dan leperkan. Letak cheese di tengah dan tutup kembali.
3. Goreng dengan api sederhana. Angkat.
Info
Boleh tambah bahan lain ikut cita rasa misalnya lobak merah dan bawang.
Selamat mencuba!
Resipi oleh Eddy Rusdi dari Telegram KakiMakan Channel
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Buat Popia Basah Sedap Secara Homemade.

Popia basah memang sedap. Kombinasi kulit yang lembut, inti serta sos yang enak menjadikan hidangan ini antara yang dicari bila ke pasar malam. Nak cuba buat sendiri? Resipi perkongsian saudari Ziela Lewis ni antara yang mudah dan terbaik yang boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI POPIA BASAH HOMEMADE
BAHAN KULIT POPIA:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 biji putih telur
- 3/4 cawan air
- 2 sudu makan cuka
- Secubit garam
CARA MEMBUAT:
- Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Gaul sebati. Boleh guna tangan atau sudu. Jika adunan nampak pekat, tambah sedikit air. Tutup dan perap selama 30 minit.
- Selepas 1/2 jam, panaskan kuali leper atau non-stick. Ambil sejemput adunan tepung tadi dan lenserkan di atas kuali nipis-nipis.
- Biar seketika dan angkat kulit popia perlahan-lahan dengan menariknya dari tepi. Ulang proses hingga habis.
- Kulit popia ini boleh ditindan kerana ia tidak melekat.
BAHAN SOS POPIA:
- 12-14 tangkai cili kering – buang biji, rebus dan kisar dengan 1 cawan air.
- 1 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 2-3 sudu makan gula perang
- 1 sudu makan gula pasir
- 1 sudu makan kicap manis
- Minyak untuk menumis
CARA MEMBUAT SOS:
- Kisar bawang besar dan bawang putih hingga halus. Pada masa yang sama, panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
- Tambahkan gula perang, gula pasir dan kicap manis. Masak guna api perlahan hingga pekat.
- Perasakan dengan garam secukupnya. Angkat.
BAHAN INTI POPIA:
- Sengkuang – hiris nipis/memanjang
- Tauge – dibersihkan
- 1/2 biji kubis – racik halus
- 1 batang lobak merah – hiris memanjang
- Segenggam udang – buang kepala dan ekor. Potong kecil
- 1/2 biji bawang besar – cincang halus
- 2 ulas bawang putih – cincang halus
- Sedikit udang kering – tumbuk halus
- Garam secukupnya
- 2 sudu makan minyak untuk menumis
CARA MENYEDIAKAN INTI:
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis udang, bawang besar dan bawang putih hingga wangi dengan menggunakan api sederhana.
- Masukkan lobak merah dan kubis. Kacau hingga layu.
- Tambahkan tauge, sengkuang, udang kering dan garam. Kacau sebati dan rasa garamnya. Pastikan inti dimasak sekejap sahaja. Angkat.
BAHAN TABUR:
- Kacang tanah – disangai, dibuang kulit dan ditumbuk
- Udang geragau kering – disangai dan ditumbuk halus
- Bawang goreng secukupnya
CARA MEMBUAT:
1. Sediakan kulit popia dan sapukan sedikit sos.
2. Letakkan inti dengan secukupnya. Gulung kemas. Buat sampai semua bahan habis.


3. Tuang sos diatas popia dan taburkan bahan tabur secukupnya.
4. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Ziela Lewis
Sukatan Bahan-Bahan Masak Roti Jala Untuk Bancuhan 1 Kg Tepung.

Roti jala kalau buat dalam jumlah yang banyak, pasti agak sukar nak tentukan jumlah bahan-bahannya. Tapi menerusi perkongsian saudari Azwa Mohtar, beliau menunjukkan cara-cara serta sukatan bahan untuk buat roti jala yang sempurna dan pasti menjadi. Mudah je rupanya! Selamat mencuba!
SUKATAN ADUNAN ROTI JALA YANG ‘PERFECT’
BAHAN-BAHAN:
- 1kg tepung gandum
- 1 sudu makan marjerin
- 1 sudu makan garam halus
- 1 sudu teh pewarna kuning telur
- 1.7 liter air biasa

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan kisar hingga halus. Pastikan tidak berketul supaya adunan tidak tersumbat di dalam acuan. Tapis adunan jika perlu.

2. Panaskan kuali non stick dan tebar roti jala menggunakan acuan.

3. Angkat dan gulung dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan.

Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Azwa Mohtar
Lepat Labu Inti Kelapa, Rasanya Tak Kurang Sedapnya

Lepat labu inti kelapa ini memang sedap. Kelapa parut membuatkan lepat labu itu rasa bertambah sedap bila dimakan.
Sesuai untuk dimakan ketika minum petang atau pun sarapan. Tak kisah. Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Ezniza M Salim ini. Gerenti jadi.
LEPAT LABU INTI KELAPA
Bahan-bahan:
500 gram labu kuning (kukus dan lecek)
1 cawan tepung gandum – boleh beli online di sini
1 cawan tepung tepung beras – boleh beli online di sini
1/2 cawan pati santan
1 biji kuning telur (optional)
1sudu teh garam atau secukupnya – boleh beli online di sini
Gula secukup rasa ( seeloknya brown sugar ) – boleh beli online di sini
Kelapa parut + garam ( untuk inti )
Daun pisang (dilayurkan dulu)
Cara Memasak:

Campurkan kedua-dua tepung + kuning telur + santan + gula ke dalam labu yang telah dilecek. Jika adunan lembik sangat tambah sedikit tepung. Adunan ni tak terlalu lembik.
Bubuh adunan 1 @ 2 sudu besar atas daun pisang. Masukkan inti kelapa di tengah-tengahnya. Letak lagi sesudu adunan untuk menutup inti. Kemudian bungkus.

Kukus sampai masak. Anggaran 15-20 minit atau hingga lepat masak sepenuhnya. Siap!! Mudah kan?
Nota: Kalau nak guna tepung gandum sahaja pun boleh. Adunan jangan terlalu kental atau lembik. Saya tak letak pewarna kuning kerana warna kuning asli daripada buah labu.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

