Cucur @ Cekodok Jagung ini tentunya disukai ramai. Nampak sangat sedap dan cara membuatnya juga cukup mudah. Bulat elok bila digoreng. Makan panas-panas, memang layan ni. Jom cuba resipi perkongsian saudari Suraya Yaacobni. Pasti anda akan sukakannya.
Kuih Tepung Bungkus ni memang sedap dan disukai ramai. Kalau di bandar, agak susah nak jumpa peniaga yang jual kuih ni. Kalau ada, mungkin kurang kena dengan selera. Jadi kalau nak cuba buat sendiri kuih yang ada rasa ‘kampung‘, resipi perkongsian saudari Norfazleen Azliana ni antara yang terbaik. Mudah rupanya nak buat kuih ni. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KUIH TEPUNG BUNGKUS
BAHAN TEPUNG:
3 cawan santan pekat
Sedikit gara,
2 cawan tepung beras
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dan garam ke dalam kuali. Kacau sebati tanpa api.
Masukkan tepung beras. Kacau sampai sebati dan tidak berketul.
Buka api sederhana dan masak bancuhan tepung dan santan tadi. Kacau hingga mendapat tekstur berketul sebegini.
Untuk membuat tepung bungkus, sudukan adunan tepung ke atas daun pisang. Lubangkan sedikit untuk letak inti. Sudukan inti kelapa secukupnya.
Bungkus dengan kemas dan sedia untuk dikukus selama 20 minit.
BAHAN INTI KELAPA:
1 biji kelapa – ambil bahagian putih sahaja
1 keping gula kerek / gula melaka/nisan/manisan
2 cawan air
3 sudu makan gula
Gula merah secukupnya – ikut citarasa. Tujuan untuk dapatkan warna inti yang cantik.
2 sudu teh tepung pulut
Daun pandan secukupnya
CARA MEMASAK:
Masak air bersama gula kerek, gula makan dan gula merah. Masukkan daun pandan dan kacau hingga gula larut.
Kemudian masukkan tepung. Masak lagi hingga inti kering.
Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam adunan kuih.
INFO: Jika suka, inti boleh dibulatkan dan golekkan ke dalam tepung pulut sebelum dimasukkan ke dalam adunan kuih. Ia bertujuan untuk hasilkan kuih tepung bungkus yang cantik.
Resipi sambal sardin goreng rangup ini memang lain dari sambal sardin yang biasa kita masak.
Ikannya tak lembik kerana ia terlebih dahulu digoreng dengan tepung dan digoreng garing sebelum ditumis.
Lebih enak sambalnya dimasak menggunakan kuah asal dari dalam tin, digabung dengan cili, bawang dan hirisan tomato yang menjadikan rasanya lebih mantap dan beraroma. Lauk sardin dari Rizal Channel ini memang kena cuba.
Resipi sambal sardin goreng rangup
Bahan-bahan
1 tin besar sardin-asingkan kuahnya
Tepung jagung
Bawang merah -dihiris
Halia- dihiris memanjang
Tomato -dipotong
Limau nipis -diperah jus
Bahan dikisar
Lada besar
Cili api
Bawang merah
Bawang putih
Cara memasak
1. Letak tepung jagung dalam bekas, ambil ikan sardine yang sudah diasingkan dari kuah tadi kemudian gaulkan setiap satu hingga tepung meliputi semua seluruh ikan.
2. Panaskan kuali kemudian goreng ikan sardine tadi hingga garing. Angkat dan tos.
3. Seterusnya tumis bawang merah yang dihiris hingga naik bau, kemudian masukkan hirisan halia Bersama dengan tomato. Kacau sebati.
4. Kemudian masukkan bahan kisar. Tumis hingga tumisan masak.
5. Tuangkan kuah sardine yang diasingkan tadi dan kacau rata. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya diikuti dengan perahan limau nipis. Kacau sebati.
6. Akhir sekali masukkan ikan sardine yang siap digoreng rangup tadi. Gaul rata dan tutup api. Sedia dihidangkan.
Tiga menu ayam ini memang sedap dimakan tanpa nasi seperti ayam goreng segera yang ada kat mana-mana restoran makanan segera yang ada. Kena pulak bahagian kepak atau paha, memang boleh layan. Sesuai ni untuk hidangan potluck anak kat sekolah atau pergi berkelah bersama keluarga. Anak-anak sah suka gila ni.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.