Cucur @ Cekodok Jagung ini tentunya disukai ramai. Nampak sangat sedap dan cara membuatnya juga cukup mudah. Bulat elok bila digoreng. Makan panas-panas, memang layan ni. Jom cuba resipi perkongsian saudari Suraya Yaacobni. Pasti anda akan sukakannya.
Masakan ini sedap kalau banyak cili digunakan. Namun jika anak-anak mahu menikmatinya janganlah keterlaluan meletakkan cili. Sesuaikan dengan cita rasa mereka. Ayamnya empuk dan lebih enak jika dibiar lama agar rasanya mesra.
Ayam Serai Bercili
1 ekor ayam -cuci bersih dan lumuri dengan air limau nipis
Bahan yang dikisar kasar
21 cili kering
4 cili hijau
5 lembar daun limau purut
13 bawang putih
21 bawang merah
5 biji buah keras
1 inci belacan
3cm kunyit
3cm halia
3 batang serai-ambil bahagian putihnya saja
5 biji tomato merah -dikisar
3 biji tomato hijau -dikisar
Cara memasak:
1.Tumis bahan yang sudah dikisar kasar dengan minyak.
2.Masukkan lima lembar daun limau purut- dibuang tulangnya
3.Tunggu bahan tadi masak baru masukkan ayam.
4.Tambahkan 600ml air.
5.Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa.Gaul rata.
6.Masukkan tomato.
7.Biarkan sehingga bahan mesra dan sesekali di balik-balikkan ayamnya.
*Cili, gula dan garam sesuaikan mengikut cita rasa masing-masing.
Kredit: @umi_halim
Negeri Kelantan memang terkenal dengan pelbagai sajian makanan yang sedap-sedap. Bila tiba bulan Ramadan,lagi meriah. Salah satu hidangan popular bila tiba bulan puasa ialah aneka colek. Colek bermaksud pencicah.
Colek ni ada bermacam jenis. Ada colek buah, colek kerang, colek ayam, perut, colek campur dan banyak lagi. Memang sedap! Bagi yang nak cuba, ni ada resipi Colek Air Lada yang memang serbaguna. Boleh buat cicah tauhu, paru goreng, kerang, keropok, makanan bergoreng dan sebagainya.
COLEK AIR LADA
BAHAN KISAR HANCUR:
6 tangkai cili merah
2 labu bawang putih jeruk saiz kecil
Sedikit air
BAHAN LAIN:
1/2 senduk cuka
1 gelas besar air
1 senduk gula
2 sudu makan gula melaka hancur
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan bijan sangai
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk diikuti cuka dan air.
2. Kemudian perasakan dengan gula, gula melaka dan garam. Kacau sebati. Bahan perasa boleh diubah mengikut citarasa masing-masing. Teruskan masak menggunakan api perlahan.
3. Bila colek mendidih beberapa kali, padamkan api. Biarkan sejuk pada suhu bilik dan barulah dimasukkan bijan. Kacau rata.
4. Siap! Sedia dinikmati bersama aneka hidangan bergoreng, kerang, tauhu, paru dan sebagainya.
Jika ada lebihan pisang di dapur anda, bolehlah cuba buat menu muffin pisang ini sebagai juadah minum petang.
Resipi muffin pisang yang sangat gebu, lembut dan enak ini, dikongsi saudari Lina Thomas yang dihiasi topping kacang walnut.
JUMBO BANANA NUT MUFFINS
BAHAN-BAHAN:
3 biji pisang montel cavendish ¾ cawan gula – beli online di sini 1 biji telur grade A 1/3 cawan minyak masak – beli online di sini 1 ½ cawan tepung gandum – beli online di sini 1 sudu kecil baking powder – beli online di sini 1 sudu kecil baking soda – beli online di sini ½ sudu kecil garam ½ sudu kecil serbuk kayu manis ¼ sudu kecil serbuk buah pala ¾ cawan kacang walnuts/pecans | dicincang
3. Dalam mangkuk lain, ayak tepung, baking powder, baking soda, serbuk kayu manis, serbuk buah pala dan garam. 4. Kemudian, masukkan dalam mangkuk adunan pisang. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi sebati, masukkan walnuts/pecans dan kacau lagi.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira