Cucur @ Cekodok Jagung ini tentunya disukai ramai. Nampak sangat sedap dan cara membuatnya juga cukup mudah. Bulat elok bila digoreng. Makan panas-panas, memang layan ni. Jom cuba resipi perkongsian saudari Suraya Yaacob ni. Pasti anda akan sukakannya.
CARA BUAT CUCUR @ CEKODOK JAGUNG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1/2kg tepung gandum – beli online disini
1 tin jagung manis – beli online disini
2 sudu makan susu pekat manis – beli online disini
1 sudu makan mentega @ marjerin – beli online disini
5 sudu makan gula – (sukatan untuk yang tidak suka manis. jika suka manis, letak 7-8 sudu) – beli online disini
1 sudu makan mauripan @ yis – beli online disini
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Campurkan kesemua bahan kering (tepung gandum, gula dan mauripan ). Gaul sedikit supaya rata.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan basah pula (jagung, susu pekat manis dan mentega).
3. Seterusnya masukkan air sedikit demi sedikit sambil diadun hingga menjadi adunan cucur.
4. Rupa adunan cucur yang telah siap diadun. Untuk pastikan cucur anda sudah manis atau tidak, boleh rasa sedikit tepung sebelum digoreng.
5. Jika adunan cucur tawar, boleh tambah sedikit gula untuk menyedapkan lagi rasa.
6. Perap adunan selama 30 minit. Adunan tidak perlu ditutup.
7. Bila adunan sudah kembang, bolehlah panaskan minyak masak dan siap untuk menggoreng.
8. Jemputkan adunan menggunakan hujung jari (atau boleh juga guna sudu).
9. Masukkan ke dalam kuali berisi minyak panas. Masukkan beberapa hingga mencukupi ruang dalam kuali anda.
10. Setelah digoreng seketika, cucur akan kembung begini. Terbalikkan dan teruskan masak sehingga habis adunan.
11. Cucur Jagung mudah dan sedap sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Suraya Yaacob
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official