
Resipi ini adalah asas. Anda boleh mempelbagaikannnya dengan bahan-bahan lain untuk rasa yang lebih sedap.
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan air panas mendidih ( masukkan sedikit demi sedikit)
- 3 sudu makan gula
- 1/2 sudu teh garam halus
CARA MEMASAK:
1. Campurkan tepung gandum, gula dan garam dalam mangkuk. Gaul rata.
2. Masukkan air panas dan kacau menggunakan senduk sehingga sebati. Biarkan sejuk.
3. Bila adunan sudah sejuk, cubit adunan dan dan bulatkan. Ulang langkah hingga habis.
4. Panaskan minyak dan goreng cucur sehingga garing. Angkat dan toskan minyak.
5. Sedia untuk dinikmati.
Tonton cara-cara membuat Cucur Kembung:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Donat Pandan Tanpa Telur, Tetap Gebu Dan Lembut

Donat pandan tanpa telur ini tetap gebu dan lembut. Donat adalah kuih yang menjadi kesukaan rakyat Malaysia, dinikmati bila-bila masa saja. Tak kira pagi atau petang.
Ia juga selalu ada kalau acara makan-makan diadakan. Kali ini, resipi yang dikongsikan oleh Helley HN ini agak berbeza kerana berperisa pandan dan berwarna hijau.
Selain itu, rupanya resipi ini tak menggunakan telur langsung. Tapi ternyata ia tetap gebu dan lembut. Ikuti resipi yang dikongsikan ini.
Donat Pandan Tanpa Telur, Tetap Gebu Dan Lembut
Bahan A:
4 cawan tepung gandum * – boleh beli online di sini
1sudu teh garam*
2 sudu teh Baking powder* – boleh beli online di sini
1 sudu makan majerin*
(Gaul rata)
Bahan B:
1 cawan air suam
2 sudu makan gula – Boleh beli online di sini
2 sudu besar Susu pekat
1 susu besar pes pandan
1 paket yis
Bahan Lain:
Sedikit marjerin – boleh beli online di sini
Gula kastor – boleh beli online di sini
Minyak masak – boleh beli online di sini
Cara Memasak Donat Pandan Tanpa Telur:

Pertama, satukan bahan A dan kacau rata. Ketepikan.
Kemudian satukan bahan B hingga sebati. Akhir sekali, masuk yis dan kacau. Selepas itu tutup Biarkan doh kembang.
Setelah doh kembang, masukkan ke dalam adunan tepung tadi.
Uli doh agak-agak sudah sebati, ambil satu sudu majerin. Uli lagi dalam 5 minit.
Biarkan kembang dalam 1 jam. Pastikan doh tadi ditutup menggunakan kain lembap.
Selepas 1 jam, uli lagi sekejap. Setelah itu, bahagikan doh menjadi kecil-kecil. Kemudian bulatkan. Biarkan kembang dalam 10 -15 minit. Setelah itu bolehlah digoreng.

Panas minyak dalam kuali. Janngan guna api besar. Biar panas dengan api sederhana kecil. Goreng donat dua kali pusing je..
Jangan banyak kali pusing, nanti donat serap minyak. Angkat toskan. Taburkan gula kastor dan sedia untuk dinikmati.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Sangat Sedap. Resipi Kuih Penjaram Guna Sukatan Cawan

Kuih Penjaram. Salah satu kuih tradisional yang digemari ramai. Bagi yang dah lama teringin nak makan kuih ni tapi susah nak jumpa gerai yang sedap dan kena dengan selera anda, nah…cubalah buat sendiri. Mudah je guna resipi perkongsian saudari Leeina Qaliena. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa.
RESIPI KUIH PENJARAM SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras cap 3 gajah (erawan brand) – beli online disini
2 cawan tepung gandum cap ros – beli online disini
1 cawan gula merah hancur – beli online disini
1 cawan gula putih (boleh kurangkan 3/4 cawan sahaja) – beli online disini
2 1/4- 2 1/2 cawan air (ikut kesesuaian)
2 helai daun pandan
1 sudu teh garam
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1.Masak gula merah dan gula putih dengan air sehingga gula larut. Boleh letak daun pandan untuk lebih wangi. Tapis dan biarkan seketika (jadikan suam).
2. Satukan tepung gandum, tepung beras dan garam. Tuang air gula merah tadi sedikit demi sedikit dan adun sebati.
3. Jika adunan nampak masih kental boleh tambah air sedikit-sedikit sahaja sehingga dapat adunan yang cantik (tidak terlalu cair dan tidak terlalu kental).
4. Tapis adunan ke dalam bekas supaya adunan halus sekata.
5. Sebelum adunan diperap, pukul adunan terlebih dahulu menggunakan whisk (pemukul tangan) sehingga timbul buih. Boleh juga menggunakan senduk sahaja.
6.Tutup bekas adunan dan perap pada suhu bilik minimum 4 jam. Kemudian barulah boleh digoreng. Nak lebih cantik, perap semalaman esok pagi baru digoreng. (boleh juga diperap di dalam peti ais)
7.Guna kuali yang sedikit dalam, tuang 1/2 cawan minyak dan gunakan api yang perlahan sahaja. (api kecil).
8.Tuang adunan perlahan-lahan dan biarkan ia masak dan membentuk seperti bersarang sehingga habis baru dibalikkan.
9. Bila kuih telah masak dikedua-dua bahangain, angkat dan toskan minyaknya.
10. Sedia untuk dinikmati.



Nota: Semasa menggoreng, jika ia menjadi serat-serat, bermakna adunan yang dihasilkan adalah cantik. Hasilnya kuih akan jadi berenda/ropol topi yang cantik, ringan dan rangup di bahagian tepi serta lembut di dalam.
Kredit resipi & foto: Leeina Qaliena
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sotong Goreng Kunyit Berempah. Tambah 2 Bahan Ni Jadi Lebih Sedap
Resepi Semperit Coklat Mudah & Tip Bunga Biskut Tetap Cantik Lepas Dibakar
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Gulai Lemak Air Tangan Ibu & Isteri Pilihan Fad Bocey Sepanjang Ramadan Ini.

Cerita Fad Bocey, dulu di zaman bujangnya walau banyak mana makanan dibeli di Bazar Ramadan, tapi bila balik rumah, masakan ibunya juga yang dicari. Katanya biarapun masakan ibunya itu ringkas tetapi air tangan ibu tetap yang terbaik dan paling sedap.

Satu-satunya masakan ibu yang tidak pernah Fad Bocey jemu mahupun muak adalah Gulai Lemak Cili Padi Ibunya. Kini selepas berkahwin, isterinya juga pandai masak Gulai Lemak Cili Padi selepas berguru dengan ibu mentua. Selain Gulai Lemak Cili Padi, Fad juga suka Bihun Goreng yang dimasak oleh ibunya.
“Saya tak tau apa yang mak masuk dalam masakannya. Tapi apa je yang dimasaknya semua sedap dan saya tak pernah tolak. selain gulai lemak bihun goreng mak, takda pun mewah lauk pauk tapi sedapnya memang takda tandingannya, ” cerita Fad.
Selain lauk pauk, kuih muih juga antara menu wajib ada bagi Fad bila berbuka, adalah Kuih Cara, Karipap, Bingka Ubi, Apam Susu dan Murtabak.

“Saya sangat terharu dan seronok bila diundang oleh Chef Wan untuk bersamanya dalam program Rasa Nostalgia Ramadan. Bukan senang tau dapat masak satu dapur dengan chef popular ni. Saya seronok, sambil tolong menyebuk dapat juga tengok Chef Wan masak dan berbuka dengan air tangannya yang memang sungguh sedap, “ ujar Fad.
Anda yang ingin mencuba menu disediakan oleh Chef Wan dan dibantu oleh Fad Bocey dalam program Rasa Nostalgia Ramadan, berikut disediakan resipinya

GULAI LEMAK KETAM ALA NYONYA
BAHAN-BAHAN:
- 1kg ketam | dibersihkan
- ½ biji nanas | hiris
- 500ml santan pekat
- 200ml air
- 1/2 kecil parutan nanas
- 3 helai daun limau purut
- 1 genggan daun Basil Thai
- 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
- 2 sudu makan sos ikan
- 1 sudu makan gula Melaka
- Garam secukup rasa
- 4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 10 biji cili merah
- 2batang serai
- 3cm kunyit hidup
- 1 1/2cm halia
- 2cm lengkuas
- 10 biji lada hitam
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
- Masukkan parutan nanas, kacau rata dan masukkan santan pekat. Kacau seketika.
- Setelah mendidih masukkan sedikit air untuk kuah.
- Seterusnya masukkan daun selasih, daun limau purut, garam, gula Melaka dan perahan jus limau nipis.
- Akhir sekali masukkan ketam, nanas dan sos ikan biarkan mereneh 5-6 minit. Tutup api dan gulai sedia dihidangkan.

KUIH CARA GULA
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan santan
- 200ml santan
- 2 biji telur |kacau
- 3 cawan tepung gandum
- Sedikit garam
- Gula secukupnya | untuk inti
- 2 sudu makan marjerin | cairkan
- 2 sudu makan minyak sapi
CARA MEMASAK:
- Dalam mangkuk adunan, masukkan tepung gandum, air pandan, santan, secubit garam dan marjerin yang telah dicairkan tadi.
- Kacau sebati hingga adunan menjadi tidak terlalu pekat atau cair, kemudian tapiskan.
- Panaskan acuan kuih cara dengan api kecil terlbih dahulu.
- Tuangkan adunan kuih cara dalam acuan hingga 1/2 acuan. Bakar dalam ketuhar 5-6 minit.
- Keluarkan acuan dan letakkan gula di atas kuih cara, kemudian tutup atas kuih dengan adunan kuih cara hingga penuh.
- Bakar semula dengan masa yang sama hingga habis adunan, Keluarkan dari acuan dan sedia dihidangkan.

JANGAN LUPA TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Jangan lupa saksikan rancangan terbaru; Rasa Nostalgia Ramadan yang bersiaran sepanjang bulan Ramadan ini. Menampilkan chef selebriti terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan sebagai hos, beliau akan bergandingan bersama selebriti jemputan pada setiap episod sepanjang 22 episod bersiaran.
Antara selebriti undangan yang memeriahkan program ini ialah Erra Fazira, Amy Mastura, Rozita Che Wan, Noorkumalasari, Abam Bocey, Hisyam Hamid, Bell Ngasri, Siti Nordiana dan ramai lagi.

