Hidangan cucur memang sinonim dengan sajian petang. Ada banyak jenis cucur yang boleh dibuat. Salah satu yang mudah, sedap dan mengenyangkan adalah cucur kentang. Hanya menggunakan tiga bahan, ini cara membuatnya.
Bahan-bahan
3-4 biji ubi kentang (dibuang kulit)
8-10 sudu besar tepung jagung
Sedikit garam
Cara membuat
1. Rebus ubi kentang sehingga lembut.Toskan.
2. Kemudian lenyek ubi kentang yang direbus tadi, tambahkan garam sedikit.
3. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit dan gaul sebati menjadi adunan.
4. Ambil sedikit dan bentuk menjadi bulat hingga habis.
5. Panaskan minyak goreng. Angkat selepas kekuningan. Sedia dimakan.
Sumber: Chumily