Bagi yang tercari-cari sajian minum petang yang paling ringkas, ha…ini dia jawapannya. Cucur Ketam Bercili! Hanya guna crabstick dan beberapa bahan lain. Adun dan goreng. Fuhhh…memang sedap! Layan habis. Jom cuba!
CUCUR KETAM BERCILI
BAHAN-BAHAN:
- 400gm tepung naik sendiri
- 150ml air
- 100gm filemen ketam @ crabstick |dihancurkan
- 3 tangkai kucai|dipotong kecil
- 1 biji cili merah|dicincang halus
- 1 biji bawang besar|dimayang halus
- 1 biji telur
- 5gm soda bikarbonat
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan cucur di dalam mangkuk besar dan kacau rata. Jika adunan terlalu lembik tambah sedikit tepung dan jika terlalu kental tambah sedikit air.
- Biarkan adunan cucur selama 10 hingga 15 minit.
- Panaskan minyak yang banyak. Sudukan sesudu besar bancuhan cucur dan goreng hingga keperangan. Toskan.
- Hidangkan bersama sos pilihan.
Info Chef: Pastikan anda tidak membancuh terlalu banyak air untuk bancuhan cucur kerana ia akan menjadi tidak kenyal.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pulut Serunding Kelapa Kuih Orang Lama Tetap Jadi Pilihan Ramai
Pulut serunding kelapa. Ia satu lagi kuih orang lama yang masih tetap ada peminat tersendiri.
Kalau beli, ada kalanya tak kena dengan selera kita. Nak puas hati, buat sendiri. Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Norfazida Gda ini ye. Selamat mencuba!
Pulut Serunding Kelapa
Bahan-bahan:
4 pot beras pulut
½ biji kelapa parut
3 batang serai
5 biji bawang merah – boleh beli online di sini
2 ulas bawang putih – boleh beli online di sini
½ inci halia – boleh beli online di sini
¼ sudu kecil serbuk kunyit
1 inci kunyit hidup
1 senduk cili kisar (nak pedas boleh tambah) – boleh beli online di sini
½ cawan udang kering
Sedikit jintan manis
1 helai daun pandan
Gula – boleh beli online di sini
Garam
Sedikit minyak – boleh beli online di sini
Cara Memasak:
Cuci beras pulut dan masak/tanak seperti biasa. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
Kisar semua bahan lain kecuali kelapa parut, udang kering, daun pandan, gula dan garam hingga sebati.
Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar hingga wangi. Masukkan kelapa parut dan daun pandan.
Masak hingga hampir kering. Tambahkan udang kering dan kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa. Masak lagi hingga serunding betul-betul kering dan sejukkan.
Bulatkan pulut dan salut dengan serunding. Siap.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Kuih Ropa Inti Sardin Kentang, Tepung Ubi Rahsia Kulitnya Rangup
Cara Masak Kuih Sagu Kukus Yang Sedap, Tak Lembik & Tak Keras
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Kuih Cara Berlauk, Hidangan Istimewa Pagi Syawal
Sedap sangat makan kuih cara berlauk ni. Rasanya pedas-pedas dan mewah dengan inti daging. Kalau dibuat dengan banyak inti, memang lebih sedap. Ini resipi yang memang confirm jadi kalau dibuat. Cubalah.
KUIH CARA BERLAUK
BAHAN-BAHAN
600 gram tepung gandum
30 gram tepung susu
2 biji telur ayam
1.3 liter air
4 titik pewarna kuning
BAHAN INTI
3 sudu besar minyak sapi
6 ulas barang merah (tumbuk halus)
2 ulas bawang putih (tumbuk halus)
1 cm halia (cencang halus)
4 sudu besar serbuk kari daging
300 gram daging (cencang halus)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
4 tangkai daun ketumbar (cencang halus)
CARA MEMBUAT
1. Gaul bersama tepung gandum, tepung susu, telur ayam, air dan pewarna kuning sehingga sebati.
2. Sediakan inti. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Kemudian goreng bawang merah dan bawang putih bersama halia sehingga wangi.
3. Masukkan serbuk kari daging dan daging cencang. Goreng lagi.
4. Tambahkan garam dan gula. Masukkan daun ketumbar.
CARA PENYEDIAAN
1. Panaskan adunan kuih cara dan tuangkan sebahagiaan adunan ke dalam setiap bahagian kuih cara.
2. Sudukan sedikit inti daging ke dalam setiap bahagiaan. Tuangkan lagi adunan tepung sehingga penuh.
3. Bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 10 minit. Keluarkan dan biarkan sejuk.
4. Pastikan setiap kali sebelum acuan diisi dengan adunan, terlebih dahulu sapukan dengan minyak sapi.
Selamat mencuba!
Koleksi Resipi Kuih Talam Tradisional Yang Mudah & Sedap.
Kuih Talam tradisional adalah antara pemanis mulut yang menjadi kegemaran ramai tidak kira tua mahupun muda. Rasanya yang manis, lemak dan pelbagai perisa, memang tak jemu. Anda suka makan kuih ni? Jom cuba buat. Pasti puas hati dan menambat selera.
KOLEKSI RESIPI KUIH TALAM TRADISIONAL MUDAH & SEDAP
1. TALAM LAPIS
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1 cawan gula pasir
- 4 cawan santan
- 1/4 sudu teh garam
- Sedikit pewarna merah dan perisa ros
CARA MEMASAK:
- Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci.
- Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
- Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk.
- Seterusnya masukkan santan. Gaul rata hingga tidak yang bergentel.
- Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
- Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.
- Masukkan loyang yang telah disapu sedikit minyak ke dalam kukusan.
- Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama lima minit dengan api kuat.
- Setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan merah. Kukus lagi.
- Ulang proses hingga habis dengan diakhiri dengan lapisan merah.
- Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong.
INFO CHEF: Kuih Talam Lapis yang cantik masaknya, boleh dimakan selapis demi selapis.
2. TALAM LAPIS SAGU
BAHAN SAGU:
- 1 1/2 cawan sagu
- 2 cawan air
- 1 cawan air
BAHAN BAHAGIAN ATAS:
- 2 biji telur
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu makan tepung jagung
- 2 cawan santan
- 2 cawan air
- 3/4 cawan gula
- Sedikit pewarna hijau
- 1 sudu teh perisa pandan
CARA MEMASAK:
- Basuh sagu dan tapis, kemudian ketepikan.
- Satukan gula dan air, masak dalam periuk hingga mendidih dan gula hancur.
- Masukkan sagu dan kacau hingga pekat.
- Pastikan menggunakan api perlahan supaya sagu masih berbiji-biji putih.
- Sementara itu, sediakan loyang yang telah disapukan dengan sedikit minyak.
- Tuangkan sagu di dalamnya, ketepikan.
- Satukan semua bahan bahagian atas dalam periuk, kacau hingga sebati.
- Kemudian masak atas api perlahan dan sentiasa kacau hingga tepung tidak berketul-ketul.
- Apabila naik wap, tutup api.
- Tuang ke dalam bekas berisi sagu.
- Akhir sekali masukkan dalam pengukus yang telah dipanaskan. Kukus selama 20 minit.
INFO CHEF: Jika anda mahukan warna pada sagu boleh tambahkan, ikut cita rasa.
3. TALAM BERLAUK
BAHAN-BAHAN:
- 250gm tepung beras
- 200gm keladi
- 100gm udang kering
- 2 sudu teh garam
- 1000ml air
- 500ml santan
BAHAN INTI DAN HIASAN:
- 200 gm daging kisar
- 2 biji kentang | dadu kecil
- 1 labu bawang besar | dipotong dadu
- 1 ulas bawang putih | dicincang halus
- 1 paket rempah kari daging
- 2 biji cili merah
- 1/2 batang lobak merah | diparut
- Daun sup dan daun bawang | dihiris halus
- 2 sudu makan minyak
- Garam dan sedikit gula
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan inti, panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih.
- Masukkan rempah kari dan masakkan sehingga wangi.
- Masukkan daging dan kentang. Kacau rata. Tambahkan sedikit air jika perlu.
- Biarkan sehingga semuanya masak empuk.
- Sejukkan dan taburkan diatas adunan yg dikukus.
- Sekiranya terdapat minyak, toskan.
- Untuk menyediakan bahagian talam, keladi direbus dan dikisar bersama air. Ketepikan.
- Satukan tepung beras, keladi kisar, garam, santan dan air. Kacau sebati dan tapiskan ke dalam periuk.
- Seterusnya masukkan udang kering. Kacau rata di atas api sederhana sehingga naik wap.
- Setelah itu, tuangkan ke dalam loyang. Kukus selama 30 minit.
- Akhir sekali, apabila hendak dihidangkan, barulah diletakkan bahan inti di atas permukaan sebagai hiasan.
INFO CHEF: Untuk menyediakan bahan inti di atas boleh siapkan awal dan simpan dalam peti sejuk.
4. TALAM SUJI
BAHAN LAPISAN BAWAH:
- 110gm tepung suji
- 110gm gula pasir
- 200ml santan pekat
- 800ml air
- 1sudu teh pewarna kuning
- 1 sudu teh garam
LAPISAN ATAS:
- 3 biji telur
- 220 gm gula merah
- 1/2 sudu teh garam
- 200ml santan pekat
- 55gm tepung jagung
- 55gm tepung gandum
- 500ml air
CARA MEMASAK:
- Untuk lapisan bawah, masukkan tepung suji dan air dalam periuk. Kemudian masukkan santan pekat dan gula.
- Selepas itu masukkan garam dan pewarna kuning. Kacau rata.
- Kemudian letak di atas api sambil dikacau dengan pemukul telur sehingga naik wap.
- Masukkan dalam loyang dan kukus lapisan bawah selama lima minit.
- Untuk lapisan atas, satukan tepung gandum, gula merah dan santan dalam bekas pengisar.
- Masukkan air tepung jagung dan pecahkan telur dan bolehlah dikisar kesemua bahan-bahan tersebut.
- Selepas itu, masukkan dalam periuk dan kacau di atas api sederhana besarnya.
- Apabila sudah naik wap, bolehlah diangkat dan tuang ke atas lapisan bawah tadi.
- Kukus selama 25 minit.
INFO CHEF: Campurkan tepung suji dengan air dan biarkan kembang lebih kurang 10 minit, sebelum dimasukkan dalam periuk bersama bahan lain. Tujuannya untuk mendapata suji yang lembut.
5. TOK AJI SERBAN
BAHAN LAPISAN BAWAH:
- 2 cawan beras pulut – direndam 1-2 jam
- 2 1/4 cawan santan cair
- Secubit garam
LAPISAN ATAS:
- 6 biji telur ayam gred A
- 1 1/2 cawan santan pekat
- Secubit garam
- 3 sudu makan gula perang (*)
- 1/2 cawan air (*)
- 1 helai daun pandan – simpul (*)
- 1/2 cawan gula (*)
(bahan bertanda (*) perlu dimasak terlebih dahulu, tapis dan dibiarkan pada suhu bilik.)
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat lapisan bawah, didihkan kukusan, cuci beras pulut dan masukkan ke dalam loyang bersaiz 9 inci yang telah dialas dengan dengan plastik di bawahnya.
- Masukkan 1 1/4 cawan santan cair dan kukus selama 20 minit. Keluarkan pulut sekejap. 3. Kacau dan tambah baki santan. Kukus kembali selama 20 minit. Kemudian padatkan pulut dan cakar dengan garpu. Kukus lagi selama 10-15 minit.
- Untuk lapisan atas, satukan semua bahan dan kisar sebati.
- Panaskan kembali loyang berisi pulut selama 10 minit kemudian tuang adunan yang dikisar tadi.
- Kukus selama 30-45 minit dan balut penutup periuk kukusan dengan kain bagi mengelakkan air menitis.
- Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
6. TALAM SRI DELIMA
BAHAN-BAHAN:
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 1/2 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung ubi
- 1 1/2 cawan gula pasir
- 2 cawan santan pekat
- 5 cawan santan cair
- 1 sudu kecil garam
- Pewarna merah, kuning dan coklat, putih
CARA MEMASAK:
- Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
- Bahagikan adunan kepada empat bahagian.
- Masukkan pewarna ke dalam tiga bahagian dan satu kekal putih.
- Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang.
- Masukkan satu senduk adunan merah dan kukus selama lima minit.
- Lapiskan pula satu senduk adunan kuning dan kukus lagi selama 5 minit.
- Lapiskan warna coklat dan kukus selama lima minit lagi.
- Kemudian ulang sekali lagi lapisan.
INFO CHEF: Untuk lapisan terakhir, bungkus penutup kukus dengan kain agar air tidak menitis ke atas permukaan talam.
ANDA JUGA BOLEH CUBA RESIPI NI: