Sedapnya Cucur Labu perkongsian saudari Zurila Ghani ni. Nampak sangat menyelerakan. Menurut empunya resipi lagi, cekodok ni memang lembut. Kalau buat pagi sampai ke malam masih lagi best.
Bila sebut mengenai labu, selain dibuat Cucur atau Cekodok, ia juga boleh diolah menjadi pengt, sira dan bermacam-macam lagi manisan.
Malah ia juga enak jika dimasak bersama sayur-sayurn lain. Makan pula dengan ikan kering atau ikan pekasam. Memang bertambahlah nasi di pinggan.
Jom cuba resipi kuih ni. Sesuai sangat dijadikan sajian sarapan dan juga minum petang.
1 potong labu
2-3 sudu makan santan – beli online disini
Air secukupnya
Tepung gandum secukupnya – beli online disini
Susu pekat manis secukup rasa – beli online disini
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
1. Buang kulit labu, potong kecil dan bersihkan.
2. Masukkan ke dalam kuali. Masukkan santan, sedikit garam dan sedikit air hingga tenggelam labu. Rebus hingga empuk.
3. Masukkan tepung gandum dan susu pekat manis. Biar ada rasa lemak-lemak manis. Jumlah tepung pula pastikan lebih dari labu.
4. Adunan pastikan tidak lembik. Cukup sekadar sedang-sedang sahaja. Jika lembik, nanti cekodok akan serap minyak.
5. Panaskan minyak dan goreng cekodok guna api sederhana hingga garing dan masak sempurna.
6. Angkat dan toskan minyak. Cucur Labu sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Zurila Ghani
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official