Bagi penggemar seaweed, korang boleh cuba buat cucur. Bunyi mungkin macam pelik tapi rasanya sedap. Boleh cuba buat untuk anak-anak yang cerewet makan. Kiranya, ini salah satu alternatif untuk korang sediakan juadah sarapan atau minum petang untuk seisi keluarga. Asyik buat cucur bilis atau cucur bawang je kan? Nah, kali ni kita buat cucur seaweed pulak.
RASA kongsikan resipi daripada facebook Anne Natashya D’Ismail.
Ads
CUCUR SEAWEED
BAHAN-BAHAN
Tepung gandum
2 biji telur ayam
Seaweed (yang diguna untuk balut shushi)
Garam secukup rasa
Air
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Masukkan tepung gandum dalam bekas. Kemudian pecahkan telur ayam.
2. Hancurkan seaweed dan masukkan dalam bekas tadi.
3. Masukkan garam dan tuang air sedikit demi sedikit.
4. Bancuh sebati. Jangan cair sangat sebab nanti tak sedap.
Ads
5. Bancuh agak-agak boleh jadi bebola.
6. Panaskan minyak masak. Goreng bancuhan 1 sudu besar setiap satu. Goreng sampai kekuningan. Angkat, toskan dan sedia dimakan.
Kuih Permata Zamrud merupakan sejenis kuih tradisional yang dihasilkan menggunakan tepung pulut yang diisi inti kelapa seakan Kuih Koci. Kuih ini memang sangat sedap dan mempunyai rasa lemak-lemak manis. Nak cuba buat untuk minum petang? Resipi perkongsian saudari Nana Sabrina Sarsan ni antara yang terbaik dan mudah untuk dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
BAHAN B (ADUNAN PUTIH): 2 cawan santan – empunya resipi guna Kara. Tambahkan sedikit air agar santan tidak terlalu pekat 1/2 cawan tepung beras – beli online disini 2 sudu makan tepung jagung – beli online disini 2 sudu makan tepung gandum – beli online disini Garam Daun pandan
BAHAN INTI: 1 cawan kelapa muda parut Gula merah secukupnya – beli online disini Sedikit air Daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan A dan uli hingga sebati. Dohnya seakan doh buah melaka.
2. Untuk bahan B, satukan semua bahan dan tapis. Kemudian masukkan ke dalam kuali bersama daun pandan. Masak guna api perlahan hingga naik wap sahaja anggaran 5 minit.
3. Bagi membuat inti, cairkan gula merah dan air di dalam kuali bersama daun pandan. Kemudian masukkan kelapa. Gaul sebati hingga air kering. Sejukkan.
4. Sediakan acuan lompang dan sapu minyak.
5. Masukkan inti ke dalam doh. Kemudian bulatkan.
6. Masukkan doh ke dalam acuan lompang dan letak di tengah-tengah. Buat hingga habis adunan.
7. Tuang aduanan B ke dalam acuan.
8. Kukus Kuih Permata Zamrud selama 10 minit menggunakan api sederhana.
9. Bila masak, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
Kuih Topi @ Cucur Topi. Salah satu kuih tradisional yang digemari ramai. Lebih terkenal di negeri Pantai Timur seperti di Kelantan dan Terengganu. Jika di kawasan lain, ada yang panggil kuih ni dengan nama Cucur Jawa. Bagi yang dah lama teringin nak makan kuih ni tapi tak ada yang jual, nah…cubalah buat sendiri. Mudah je.
RESIPI KUIH CUCUR TOPI
BAHAN-BAHAN:
1 cawan gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula – kurangkan jumlah jika kurang gemar manis
1 cawan air
Secubit garam
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan ke dalam satu bekas. Bancuh sampai cair, sebati dan tidak berketul. Biarkan adunan seketika.
2. Panaskan minyak dalam kuali ( kuantiti sedang-sedang sahaja).
3. Sendukkan sedikit adunan tepung tadi ke dalam kuali. Masak menggunakan api sederhana. Kena pandai adjust suhu api.
4. Goreng kuih seperti menggoreng telur. Jangan biarkan kuih hangit. Bila terbalikkan, kuih akan gelembung seperti topi.
5. Angkat dan toskan minyak. Ulang langkah hingga adunan habis.
Petang-petang begini, kalau dapat makan Cucur Udang yang lembut, gebu dan garing dekat luar ni memang sedap. Cicah pula dengan sos atau kuah kacang. Fuhhh…Menyandar la juga. Bagi yang tak ada idea nak makan apa, bolehlah cuba resipi Cucur Udang yang admin kongsi ni. Resipi simple je. Tapi rasa dia memang best!