Siapa sangka, Cucur Udang yang ditambah keju di dalamnya begitu enak dimakan. Tak perlu cicah dengan sos pun dah sedap. Yang penting, makan panas-panas. Barulah puas hati bila makan tu. Terasa keju Perfect Italiano Mozzarella dan Anchor Cheddar Cheese Slices di dalamnya. Sebagai pelengkap, nikmati hidangan ini bersama Fernleaf Yogurt Strawberry. Jom cuba.
CUCUR UDANG CHEESE
Bahan-bahan:
10 ekor udang
½ cawan udang geragau
3 ulas bawang putih | kisar kering
30gm daun bawang
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 batang lobak merah | diparut
4 keping Anchor Cheddar Cheese Slices
80gm Perfect Italiano Mozzarella
1 cawan air
Fernleaf Yogurt Strawberry
Cara Memasak:
Panaskan kuali bersama minyak.
Di dalam mangkuk, masukkan tepung gandum, tepung beras, bawang putih, lobak merah, daun bawang, udang, udang geragau dan air. Gaul hingga sebati.
Kemudian masukkan keju Anchor Cheddar Cheese Slices dan keju Perfect Italiano Mozzarella. Kacau sebati.
Ambil satu sudu besar adunan, tuangkan ke dalam kuali yang panas. Biarkan adunan masak hingga perang.
Enak dinikmati bersama Fernleaf Yogurt Strawberry.
Ingatkan susah nak masak Chicken Tikka Masala ni, rupanya mudah saja. Bolehlah cuba buat di rumah nanti. Chicken Tikka Masala ni antara hidangan yang popular dari masakan India yang terkenal dengan rasa rempah yang kaya dan kuah yang berkrim. Untuk tambah enak, gunakan keju Perfect Italiano Mozzarella untuk efek keju tarik yang sempurna. Memang puas hati!
CHICKEN TIKKA MASALA
Bahan-bahan:
2 keping ayam | bahagian thigh
½ cawan Fernleaf Yogurt Asli
2 sudu besar serbuk paprika
1 sudu besar jintan manis
50gm keju Perfect Italiano Mozzarella
2 sudu besar garam masala
1 cawan Anchor Cooking Cream
2 biji tomato
30gm daun ketumbar
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Cara Memasak:
Untuk membuat kuah, masukkan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang Holland yang telah dikisar serta jintan manis sehingga naik bau.
Masukkan garam masala, serbuk paprika, tomato, Anchor Cooking Cream, daun ketumbar, Fernleaf Yogurt Asli dan keju Perfect Italiano Mozzarella. Masak hingga sebati dan mendidih. Perasakan dengan garam dan kuah siap dimasak.
Untuk membakar ayam, tuangkan minyak di atas dulang pembakar. Letakkan ayam yang telah dicucuk pada lidi dan tuangkan kuah tadi di atas ayam.
Kemudian, taburkan keju Perfect Italiano Mozzarell dan bakar pada suhu 180°C selama 15 minit.
Nasi yang digaul bersama Rendang Ayam yang penuh dengan rasa, kemudian dibakar bersama keju yang mencair dan meleleh, inilah keunikan Cheesy Baked Rice with Rendang. Hidangan ini menggabungkan masakan tradisional dengan sentuhan moden yang memukau. Masak guna air fryer je, memang mudah. Paling penting, gunakan keju Perfect Italiano Perfect Bakes untuk hasil kerak coklat keperangan yang menyelerakan serta keju Perfect Italiano Mozzarella untuk efek keju tarik yang sempurna.
CHEESY BAKED RICE WITH RENDANG
Bahan-bahan:
180gm nasi putih sejuk
4 ulas bawang putih | hiris
2 biji telur
4 kaki cendawan tiram
80gm rendang ayam | leftover
50gm Perfect Italiano Perfect Bakes
70gm Perfect Italiano Mozzarella
Cara Memasak:
Tumiskan bawang putih dan cendawan lalu masukkan telur.
Masukkan nasi, rendang dan Perfect Italiano Mozzarella. Gaul sebati.
Letakkan di dalam aluminium cup dan taburkan Perfect Italiano Perfect Bakes di atasnya. Bakar di dalam air fryer pada suhu 150°C selama 10 – 15 minit atau sehingga keju cair.
Nikmatnya bila dapat makan Ayam Mentega Cili Kering ni dengan nasi putih panas-panas. Terasa keenakan mentega serta rasa pedas dari cili kering tu. Boleh bertambah nasi dibuatnya. Untuk menambahkan lagi keenakan hidangan ini, gunakan Anchor Cooking Cream sebagai pengganti santan dan Anchor Unsalted Butter untuk hidangan yang lebih harum. Hidangan yang sesuai untuk seisi keluarga. Jangan lupa cuba tau!
AYAM MENTEGA CILI KERING
Bahan-bahan:
400gram ayam – potong kecil
200gram Anchor Unsalted Butter
150ml Anchor Cooking Cream
8 tangkai cili kering – potong pendek
1 labu bawang besar – belah empat
4 ulas bawang putih – cincang halus
2 tangkai daun kari
Garam, gula & lada sulah secukupnya
Tepung jagung secukupnya
Cincangan daun bawang secukupnya
Cara Memasak:
Tabur sedikit garam dan lada sulah pada ayam lalu gaul sebati. Lumurkan ayam dengan tepung jagung sepenuhnya.
Cairkan Anchor Unsalted Butter lalu goreng ayam hingga keperang-perangan. Angkat dan toskan.
Tinggalkan 3 sudu makan mentega menggoreng ayam tadı di dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang besar dan daun kari hingga wangi.
Masukkan ayam goreng dan hirisan cili kering. Tuang Anchor Cooking Cream dan didihkan hingga hampir kering.
Tambah garam dan gula secukupnya. Gaul sebati dan sesuaikan rasanya.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!