Makan

Resipi Cucur Udang Cheese Mudah, Puas Hati Buat Sendiri

Share

Siapa sangka, Cucur Udang yang ditambah keju di dalamnya begitu enak dimakan. Tak perlu cicah dengan sos pun dah sedap. Yang penting, makan panas-panas. Barulah puas hati bila makan tu. Terasa keju Perfect Italiano Mozzarella dan Anchor Cheddar Cheese Slices di dalamnya. Sebagai pelengkap, nikmati hidangan ini bersama Fernleaf Yogurt Strawberry. Jom cuba.

 

CUCUR UDANG CHEESE

Bahan-bahan:

  • 10 ekor udang
  • ½ cawan udang geragau
  • 3 ulas bawang putih | kisar kering
  • 30gm daun bawang
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 batang lobak merah | diparut
  • 4 keping Anchor Cheddar Cheese Slices
  • 80gm Perfect Italiano Mozzarella
  • 1 cawan air
  • Fernleaf Yogurt Strawberry

 

Cara Memasak:

  1. Panaskan kuali bersama minyak.
  2. Di dalam mangkuk, masukkan tepung gandum, tepung beras, bawang putih, lobak merah, daun bawang, udang, udang geragau dan air. Gaul hingga sebati.
  3. Kemudian masukkan keju Anchor Cheddar Cheese Slices dan keju Perfect Italiano Mozzarella. Kacau sebati.
  4. Ambil satu sudu besar adunan, tuangkan ke dalam kuali yang panas. Biarkan adunan masak hingga perang.
  5. Enak dinikmati bersama Fernleaf Yogurt Strawberry.

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

 

 

 

Published by
Naqiyatul Uzma