
Cucur udang adalah salah satu makanan yang selalu menarik perhatian. tepung yang digoreng bersama udang dan juga sayuran, kemudian dimakan pula dengan sos cili memang sangat mengasyikkan. RASA berikan resipi cucur udang yang mudah tapi sedap.
CUCUR UDANG

BAHAN-BAHAN
• 1 kg tepung gandum
• 1 peket mauripan
• 1 batang lobak merah (disagat halus)
• Sedikit daun kucai
• Sedikit taugeh
• Sedikit garam
• Air secukupnya
• Udang
• Minyak masak
CARA MEMBUAT
1. Satukan tepung gandum, mauripan, lobak merah, daun kucai, taugeh dan garam. Bancuh dengan air. Jangan pekat dan jangan cair sangat.
2. Peram bancuhan dalam sejam.
3. Apabila sudah kembang bolehlah digoreng bersama-sama udang.
4. Tekan sikit udang pada bancuhan tadi supaya udang tidak jatuh.
5. Api jangan terlalu besar. Nanti masak di luar saja tapi di dalam mentah lagi.
Resipi oleh Hamizah Yatim dari Telegram KakiMakan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
4 Jenis Kacang Bagus Untuk Kurangkan Berat Badan

Bila kita dengar perkataan kacang, mesti terus terlintas di fikiran kita bahawa kacang tinggi kalori dan lemak. Walaubagaimanapun, lemak mono tak tepu (monounsaturated) juga dikenali sebagai ‘lemak baik’. Kacang adalah sumber bermanfaat untuk serat dan protein. Dua sumber yang sangat penting dalam diet seharian serta bagus dalam membantu untuk kurus dan kurangkan berat badan.
Kacang sesuai untuk dijadikan snek kalau kita lapar tetapi juga boleh dimasukkan ke dalam salad, yogurt, resipi, bijirin, gandum, dimakan dengan susu rendah lemak atau buah-buahan. Kacang ini berperanan sebagai memenuhi perut anda yang tiba-tiba rasa keroncong nak makan dan sabotaj usaha penurunan berat badan.
Jadi, terdapat 4 jenis kacang bagus dan memudahkan penurunan berat badan seperti berikut:
Almonds (Badam)
Ranking #1 sebagai kacang yang sangat bagus untuk diet. Badam mempunyai asid lemak Omega3, banyak serat dan protein. Makan badam, anda akan cepat kenyang jadi anda akan rasa kurang kempunan untuk makanan berlemak (nasi lemak lah kan), kalori karbohidrat yang tinggi.

Walnuts
Menurut webmd.com, walnut kira-kira sedozen atau badam setiap hari tidak hanya menyediakan snek yang sangat bagus untuk turunkan berat badan, malah keduanya juga boleh mengurangkan risiko kencing manis, kanser dan penyakit jantung.
Sama seperti badam, walnut kaya dengan asid lemak Omega3, tinggi serat dan protein. Walnut sebagai diet harian dapat membantu badan untuk menghilangkan kolesterol jahat (LDL) dan memberi manfaat serta membuatkan jantung lebih sihat.

Cashews (Gajus)
Seperti walnut dan badam, gajus dapat mengenyangkan perut yang paling cepat, mempunyai fosforus, zink, lemak sihat, tinggi serat dan protein. Sangat baik untuk mengurangkan berat badan apabila dimakan secara sederhana.

Pistachios
Dikenali sebagai salah satu daripada kacang berkalori yang lebih rendah, seseorang boleh makan 50 biji kacang pistachio yang hanya mengandungi 160 kalori disamping terdapat mineral, vitamin dan hampir tiga gram memenuhi serat setiap hidangan.
Maksimum dua auns kacang sehari sudah cukup untuk mengurangkan berat badan secara sihat, tanpa menambah kalori yang berlebihan dan juga majoriti makanan lain yang dimakan juga rendah kalori seperti sayur-sayuran segar dan buah-buahan.

Lemak dan minyak dalam kacang tidak mengandungi Kolesterol Jahat (LDL). Kacang membuatkan jantung kita sihat, memberi rangsangan metabolisme untuk membakar lemak degil yang berlebihan. Pilih kacang mentah (raw) dan tidak masin. Menurut fitwatch.com, dengan memakan kacang tersebut untuk mengekalkan diet yang sihat dan senaman yang kerap boleh memberi manfaat kepada usaha kurangkan berat badan.
Kredit: Melissa Jalil
Cara Buat Bebola Tempe Berkeju, Sedap Sungguh.

Mesti ramai yang suka tempe goreng, kalau korang jemu dengan goreng biasa-biasa, apa kata cuba pulak goreng tempe dengan keju. Kata orang barulah sesuai dengan selera semasa. Silap-silap yang tak makan tempe pun akan makan. Apa salahnya mencubakan, dah cuba gerenti nak buat lagi.
BEBOLA TEMPE BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
- 200gm tempe | hiris kecil
- 50gm daging kisar
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 tangkai daun bawang | hiris halus
- 50gm keju Cheddar | parut
- 100gm bawang besar | cincang
- 4 biji telur
- 2 sudu makan serbuk roti
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng tempe hingga keperangan. Angkat dan toskannya.
- Setelah sejuk, hancurkan tempe tersebut dan ketepikan.
- Campurkan tempe yang telah dihancurkan bersama daging kisar dan keju. Gaul rata.
- Masukkan pula bawang besar, hirisan daun bawang bersama garam, gula dan serbuk lada hitam secukupnya.
- Akhir sekali masukkan serbuk roti dan telur kedalamnya dan adun rata.
- Sediakan loyang yang dialas dengan plastik yang disapu dengan minyak supaya bahan adunan tidak melekat.
- Kukus sajian ini lebih kurang 30 minit atau hingga ia masak.
- Setelah masak, potong dengan saiz dan bentuk ikut cita rasa anda.
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng hirisan tempe yang telah dikukus tadi hingga kuning keperangan.
- Setelah masak, angkat dan hidangkan panas-panas bersama sos cili
Kacang Goreng Bawang Putih, Begini Cara Nak Rangup Berlemak

Sedap betul dapat menikmati kacang goreng bawang putih ni. Rasanya yang lemak masin itu buat kita tak boleh berhenti mengunyah. Dalam tak sedar, boleh habis sebalang sekali hadap je.
Dulu-dulu, ibu-ibu kita selalu buat kacang goreng ni sebagai kudapan ketika Hari Raya. Tapi, kalau bukan hari perayaan pun, masih ada juga ibu-ibu yang rajin buat kacang goreng ni sebagai kudap-kudapan.
Kalau ada yang terlupa atau tak sempat nak tulis resipi daripada ibu kita cara-cara nak buat kacang goreng bawang putih ni, bolehlah rujuk resipi hasil perkongsian Norazila Jowail. Nampak sedap hasilnya. Pertama kali goreng pun menjadi, katanya. Rangup, rasa berlemak. Sedap!
BAHAN-BAHAN:
1kg kacang besar (kacang shandong) – Boleh beli online di sini
2 cawan santan pekat
3 cawan air (anggaran terendam semua kacang)
5 ulas bawang putih – Boleh beli online di sini
½ sudu garam
Daun kari – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
Pertama sekali, basuh kacang dan toskan.
Kemudian, kacang tadi dimasak dengan santan, bawang putih dan sedikit garam hingga mendidih kira-kira 20 minit.

Selepas itu, angkat dan toskan. Biarkan air santan mengering.

Kemudian, kacang tadi bolehlah digoreng. Masukkan sekali hirisan bawang putih dan juga daun kari.

Goreng sekejap sahaja, jangan lama sangat. Bawang putih dah agak kuning keemasan dan garing, terus angkat.

Semasa menggoreng, balik-balikkan kacang dan kacau tak berhenti, jangan tinggal takut hangit. Anggaran dalam 10 minit untuk dapatkan hasil kacang goreng sebegini.
Kredit: Norazila Jowail
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Nak Keria Rasa Crunchy Di Luar Lembut Di Dalam, Tambah Satu Bahan Ni
Rai Hari Kegembiraan Tanda Syukur Dengan Bubur Merah Bubur Putih
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

