Resipi cucur udang, cantik elok je kejadiannya. Selain itu, yang penting, sedap bila dimakan. Sesuai digandingkan dengan sambal atau kuah kacang. Ikut selera masing-masing.
Boleh ikut perkongsian puan Eniza M. Salim ini ye (juga kredit kepada pemilik resipi asal). Kalau malam-malam bosan makan nasim boleh masak ini pula.
2 cawan tepung gandum – boleh beli online di sini
Udang secukupnya
1/2 sudu besar yis (mauripan)
Air sejuk (agak-agak)
Segenggam taugeh
Secekak kecil kucai (kerat dua)
1/2 batang lobak merah (sagat memanjang)
1/2 sudu teh serbuk kunyit – boleh beli online di sini
1 sudu teh garam – boleh beli online di sini
Minyak untuk menggoreng – boleh beli online di sini
Dalam satu bekas, satukan tepung gandum, serbuk kunyit, yis, garam dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat.
Masukkan taugeh, kucai dan lobak merah, gaul rata dan perap selama kira-kira 30 minit.Panaskan dan goreng dalam minyak yang banyak. Rendamkan senduk dalam minyak panas. Kemudian tuangkan adunan cucur.
Letakkan udang dan goyang-goyangkan adunan cucur sehingga tertanggal daripada senduk.Goreng cucur sehingga kuning keemasan dan angkat toskan minyak. Ulangi langkah hingga selesai.
Siap. Boleh cicah dengan sambal, sos atau kuah kacang. Ikut selera masing-maaing ye.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official