Resipi Daging Air Asam Paling Sempoi Tapi Buka Selera.

Share

Bila tiba bulan puasa, menu seperti air asam, panggang dan bersup emmang antara yang menjadi pilihan ramai. Memang berselera orang kata kalau dapat berbuka dengan lauk macam ni. Bagi anda yang menggemari hidangan air asam, menu di bawah ni boleh cuba. Sempoi sangat bahan-bahannya tapi rasa pasti sedap.

 

DAGING AIR ASAM

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging
  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • 2 biji tomato – dihiris
  • 2 biji limau kasturi
  • 8-10 biji cili padi – dihiris
  • 1cm belacan – boleh lebihkan. Lagi sedap
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan daging dan rebus hingga empuk.
  2. Satukan semua bahan hiris, belacan dan garam secukup rasa ke dalam mangkuk. Gaul rata.
  3. Perahkan jus limau kasturi. Pastikan biji dibuang terlebih dahulu.
  4. Bila daging dah empuk, hiris nipis kemudian masukkan ke dalam mangkuk beriis bahan-bahan yang dihiris tadi.
  5. Tambahkan air rebusan daging secukupnya bergantung pada jumlah daging.
  6. Rasa dan tambah perasa jika kurang. Jika suka rasa yang masam, tambahkan jus limau kasturi atau limau nipis ikut citarasa.
  7. Gaul rata dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Zurini Ismail

Published by
Nur