Resipi Daging Asam Kunyit. Lauk Ringkas Yang Sangat Sedap

Share

Wow…Menu Daging Asam Kunyit ni memang nampak menyelerakan. Sesuai sangatlah kalau sediakan untuk makan tengahari nanti. Mudah, tak perlu masa yang banyak dan paling penting, sangat membuka selera. Bagi anda yang masih berfikir menu, cubalah lauk perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Sangat sempoi. Kalau nak lagi sedap, guna daging batang pinang. Barulah tak perlu rebus lama.  Selamat mencuba.

 

CARA MASAK DAGING ASAM KUNYIT

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 kg daging  – rebus hingga empuk (kalau tak mahu rebus pun boleh. cuma kena masak lebih lama supaya lembut.)
  • 1 biji bawang – besar hiris
  • 5 ulas bawang – putih hiris
  • 1 inci halia – hiris
  • 10 biji cili padi – hiris (potong tengah jangan putus)
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 2 batang serai – diketuk
  • 1/2 cawan air asam jawa sederhana cair beli online disini
  • 1/4 sudu makan garam
  • 1 sudu teh gula
  • Sedikit bahan perasa jika suka
  • 1 sudu makan serbuk kunyitbeli online disini
  • 2 cawan air rebusan daging
  • 2 1/2 senduk minyak masak
  • Sedikit cili padi (untuk hiasan)

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan serai. Tumis hingga wangi.

2. Bila serai sudah keperangan, masukkan bahan hiris. Tumis lagi hingga naik bau.

3. Masukkan serbuk kunyit, air asam jawa dan air rebusan daging. Masak hingga mendidihh

4. Bila dah mendidih ganas, masukkan daging. Gaul seketika.

5. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa. Biarkan sehingga kuah kering.

6. Akhir sekali, masukkan cili padi dan bunga kantan. Kacau sebati dan sesuaikan rasa. Siap untuk dihidang.

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

 

Published by
Nur