Resipi Daging Bakar Bersama Sos Ala Danok. Menu Popular Selatan Thai Ni Memang Sedap!

Share

Salah satu resipi daging bakar yang paling sedap dan membuka selera. Bagi anda yang sukakan menu ini, memang wajib cuba. Resipi daging bakar istimewa dengan rasa asli dari Thailand ni memang menyelerakan. Tak susah nak sediakan menu ni. Daging diperap dengan ramuan khas membangkitkan rasa enak ditambah pula dengan sos masam manis menambahkan lagi selera. Jom cuba resipi perkongsian saudari Adnilsam Apat ni! Anda pasti suka.

 

DAGING BAKAR ALA DANNOK

 

BAHAN-BAHAN DAGING BAKAR:

  • 2 keping daging batang pinang/strip loin/sirloin/rib eye (sebesar tapak tangan lelaki dewasa adan setebal 2cm)*
  • 2 sudu besar sos tiram*
  • 2 sudu besar kicap cair*
  • 1 ulas bawang putih- tumbuk halus*
  • 1 batang serai- dihiris nipis & ditumbuk halus*
  • 1 sudu kecil lada sulah*
  • 2 sudu besar gula perang*
  • 3 sudu besar susu cair*
  • 1 sudu kecil serbuk cili *
  • Sedikit serbuk perasa*
  • Sedikit minyak masak
  • 1 ketul arang size kecil
  • Aluminium foil

CARA MEMASAK:

1. Perap daging selama 3-4 jam bersama semua bahan-bahan yang bertanda (*)

2. Simpan daging yang diperap dalam peti sejuk terlebih dahulu ( jangan letak bahagian yang beku)

3. Selepas 3 jam barakan arang, sambil-sambil itu boleh mula bakar daging atas pan. Letakkan sedikit minyak dulu dipermukaan pan. Bakar selama 10 minit sahaja (5 minit setiap bahagian permukaan). Tidak boleh terlebih masak dan gunakan api sederhana besar. Sebab kalau terlebih masak daging akan kering & agak liat. Kalau anda suka medium well cukup setakat 7-8 minit sahaja masa membakar daging tadi.

4. Setelah daging masak tutup api. Kemudian ambil arang yang telah berbara tadi dan letakkan diatas sekeping aluminium foil. Titiskan beberapa titis minyak masak atas arang ini akan menyebabkan arang mengeluarkan asap yang banyak dan letakkan arang dalam pan daging tadi.

5. Tutup pan cepat-cepat dengan penutup yang rapat. Proses ini untuk mendapatkan rasa daging seperti dibakar dengan arang dan yang pasti ianya sememangnya menyedapkan lagi rasa daging bakar tu nanti. Biarkan asap menyelimuti daging selama 1-2 minit sahaja.

6. Kemudian boleh angkat daging untuk dipotong & dihidangkan bersama sos pencicah.

 

 

SOS PENCICAH DAGING BAKAR ALA DANNOK

BAHAN-BAHAN:

  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • 1 ulas bawang kecil – hiris nipis
  • 1 sudu besar serbuk beras pulut sangai (thai toasted rice powder)
  • 4 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar gula kelapa thai (thai palm sugar) – kalau tidak ada boleh ganti dengan gula perang
  • 1 sudu sudu besar pes asam jawa – cairkan dengan sedikit air panas
  • 2 sudu besar thai chilli flakes
  • 3 biji limau nipis – ambil perahan jusnya sahaja
  • 1 sudu besar minyak masak/zaitun/jagung – optional

 

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan-bahan dan kacau hingga sebati.
  2. Sesuaikan mengikut rasa anda. Siap untuk dihidang bersama daging bakar.

  

Kredit resipi & foto: Adnilsam Apat

Published by
Nur