Jom masak Daging Bakar ala Thai dan sos pencicah yang sangat sedap ni. Menurut empunya resipi saudari Dani J Tang, menerusi carian di google bahagian daging yang paling sedap dimasak begini adalah daging berlemak di bahagian celah paha lembu. Ha.. yeke? Mai lah kita cuba. Tengok gambar pun dah tau sedap! Masak sendiri ni lagi puas hati. Sekali masak dapat makan berkali-kali. Memang puas. Jom cuba!

CARA MASAK DAGING BAKAR & SOS PENCICAH SEDAP ALA THAI

Resipi Daging Bakar & Sos Pencicah Sedap Ala Thai
BAHAN-BAHAN:
Daging – paling sedap bahagian ada lemak
Sos cili beli online disini
Sos tiram beli online disini
Sos tomato beli online disini
Kicap manis beli online disini
Garam
Gula @ madubeli online disini
1 sudu makan marjerin @ minyak masak
Serbuk kunyit beli online disini
BAHAN KISAR @ TUMBUK HALUS:
Bawang putih
Halia
Serai
Lada hitam
BAHAN SOS:
Sos cili Thai – beli online disini
Limau nipis
LImau kasturi
Hirisan kulit limau kasturi
Cili padi
Daun ketumbar
Sedikit garam – jika perlu

INFO: Boleh ubah suai bahan sesuai selera, kuantiti bahan perapan ikut saiz daging.

CARA MEMASAK:
1.Ambil daging bahagian kesukaan, cuci bersih dan toskan. Paling sedap guna bahagian daging yang ada lemak.
2. Satukan bawang putih, serai dan lada hitam. Bahan-bahan ini boleh dikisar atau ditumbuk halus.
Resipi Daging Bakar & Sos Pencicah Sedap Ala Thai 3. Dalam mangkuk, sediakan sos cili, sos tiram, sos tomato, kicap manis, garam, gula @ madu, minyak masak @ 1 sudu besar planta dan serbuk kunyit.
Resipi Daging Bakar & Sos Pencicah Sedap Ala Thai 4. Gaul sebati bersama bahan tumbuk @ kisar tadi kemudian lumur pada daging. Perap sekurang-kurangnya 30 minit. Lagi lama lagi sedap. Disarankan perap semalaman.
Resipi Daging Bakar & Sos Pencicah Sedap Ala Thai 5. Untuk memasak, bakar daging atas pan yang sesuai. Boleh juga dibakar atas arang atau dalam ketuhar pada suhu 180C (api atas), 200C (api bawah) selama 1 jam. Masa berbeza ikut suhu ketuhar masing-masing. Potong sikit untuk tengok sama adad aging sudah masak atau belum.
Resipi Daging Bakar & Sos Pencicah Sedap Ala Thai6. Untuk sos, sediakan 1 mangkuk, tuang sos sweet chili thai secukupnya ke dalam mangkuk.
7. Perahkan limau nipis dan limau kasturi. Sebatikan.
8. Masukkan juga kulit limau kasturi, cili padi dan daun ketumbar yang dihiris halus.
9. Gaul sebati dan jika perlu, tambahkan sedikit garam. Siap dan sedia untuk dinikmati.

Resipi Daging Bakar & Sos Pencicah Sedap Ala Thai

Kredit resipi & foto: Dani J Tang

 

IKLAN

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Resipi Ikan Siakap 3 Rasa Cara Orang Thailand Masak

IKLAN

Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!

Resipi Tat Telur Sedap Buat Guna Roti Sandwich

 

IKLAN

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI