Jom masak Daging Bakar ala Thai dan sos pencicah yang sangat sedap ni. Menurut empunya resipi saudari Dani J Tang, menerusi carian di google bahagian daging yang paling sedap dimasak begini adalah daging berlemak di bahagian celah paha lembu. Ha.. yeke? Mai lah kita cuba. Tengok gambar pun dah tau sedap! Masak sendiri ni lagi puas hati. Sekali masak dapat makan berkali-kali. Memang puas. Jom cuba!
CARA MASAK DAGING BAKAR & SOS PENCICAH SEDAP ALA THAI
BAHAN KISAR @ TUMBUK HALUS:
Bawang putih
Halia
Serai
Lada hitam
BAHAN SOS:
Sos cili Thai – beli online disini
Limau nipis
LImau kasturi
Hirisan kulit limau kasturi
Cili padi
Daun ketumbar
Sedikit garam – jika perlu
INFO: Boleh ubah suai bahan sesuai selera, kuantiti bahan perapan ikut saiz daging.
CARA MEMASAK:
1.Ambil daging bahagian kesukaan, cuci bersih dan toskan. Paling sedap guna bahagian daging yang ada lemak.
2. Satukan bawang putih, serai dan lada hitam. Bahan-bahan ini boleh dikisar atau ditumbuk halus.
3. Dalam mangkuk, sediakan sos cili, sos tiram, sos tomato, kicap manis, garam, gula @ madu, minyak masak @ 1 sudu besar planta dan serbuk kunyit.
4. Gaul sebati bersama bahan tumbuk @ kisar tadi kemudian lumur pada daging. Perap sekurang-kurangnya 30 minit. Lagi lama lagi sedap. Disarankan perap semalaman.
5. Untuk memasak, bakar daging atas pan yang sesuai. Boleh juga dibakar atas arang atau dalam ketuhar pada suhu 180C (api atas), 200C (api bawah) selama 1 jam. Masa berbeza ikut suhu ketuhar masing-masing. Potong sikit untuk tengok sama adad aging sudah masak atau belum.
6. Untuk sos, sediakan 1 mangkuk, tuang sos sweet chili thai secukupnya ke dalam mangkuk.
7. Perahkan limau nipis dan limau kasturi. Sebatikan.
8. Masukkan juga kulit limau kasturi, cili padi dan daun ketumbar yang dihiris halus.
9. Gaul sebati dan jika perlu, tambahkan sedikit garam. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Dani J Tang
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official