Resipi Daging Bakar Thai Pasti Buat Anda Makan Penuh Selera. Sos Pencicahnya Memang Padu!

Share

Masih ada yang cutihari ni? Apa kata anda masak menu yang lebih istimewa buat suami dan anak-anak. Daging Bakar Thai. Menu yang pastinya buat anda makan nasi dengan penuh selera. Daging lembut berperisa yang dicicah dengan sos beraroma. Pasti anda tak puas makan. Jom cuba resipi perkongsian saudari Atisya Anuwa

ni.

 

DAGING BAKAR ALA THAI

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2kg daging
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 2 sudu makan kicap
  • 1 sudu sos tiram
  • Garam & gula

CARA-CARA

  1. Tumbuk bawang putih dan serai sehingga lumat.
  2. Gaul semua bahan-bahan bersama daging dan biar ia perap ( boleh terus dibakar jika tidah mahu perap, tapi lagi lama perap lagi sedap)
  3. Daging jangan dibakar terlalu lama kerana daging akan kering.

 

BAHAN-BAHAN PENCICAH

  • 1 ulas bawang putih
  • Akar daun ketumbar
  • Daun ketumbar
  • Cili padi (ikut tahap kepedasan yang diingini)
  • Sos ikan
  • Gula
  • Limau nipis

CARA-CARA

  • Tumbuk bawang putih dan akar ketumbar.
  • Selepas itu satukan semua bahan dan gaul rata.
  • Cili padi dihiris halus

Kredit resepi & foto: Atisya Anuwa
.

Published by
Nur