Jika anda peminat daging dan sukakan masakan Korea, anda mesti cuba resipi daging bulgogi ini. Sangat mudah dan mudah untuk disediakan.

Penggunaan minyak bijan membangkitkan aroma hidangan ini tetapi jangan berlebihan kerana baunya akan mengusai keseluruhan masakan.

 

Ads

DAGING BULGOGI

BAHAN-BAHAN:

  • 350gm daging | dihiris nipis
  • 2 sudu besar kicap masin
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar madu
  • 1/2 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar bijan | disangai
  • 1 pokok daun bawang | dipotong halus
  • 3 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 1 sudu besar lada hitam | ditumbuk kasar
  • 1/2 sudu kecil serbuk perasa

 

Ads

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Satukan semua bahan perapan kecuali daun bawang dan bijan. Gaul rata dan perapkan daging selama 1-2 jam.
  2. Panaskan kuali dan tuangkan daging serta sos perapan ke dalamnya.
  3. Balik-balikkan daging biar masak sekata. Biarkan sehingga sos perapan mengering.
  4. Apabila dagingnya sudah empuk, taburkan daun bawang dan bijan ke dalam masakan.

 

sumber foto: www.westridgebeef.com

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI