Resipi Daging Cincang Goreng Bolognese. Ringkas Tetapi Sangat Menyelerakan!

Share

Kita biasa makan spageti bolognese di mana kuahnya dicampurkan dengan daging cincang. Apa kata anda cuba hidangan daging goreng tetapi diberi suntikan rasa yang seakan-akan kuah bolognese pula. Unik! Cara membuatnya sememangnya tidak susah. Selain dimakan bersama nasi, boleh juga dijadikan inti kebab dan juga telur bungkus. Menarik bukan? Selamat mencuba!

DAGING CINCANG GORENG BOLOGNESE

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm daging kisar | lalukan di atas air bersih dan tos
  • 100gm sos balognes
  • Sedikit parutan lobak merah
  • 1 biji tomato | dadu halus
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu teh oregano
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 biji bawang besar| dadu halus
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak masak | untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi dan kekuningan.
  2. Masukkan masukkan pes cili, kacau lagi hingga pecah minyak.
  3. Seterusnya masukkan daging cincang dengan parutan lobak merah.
  4. Kacau rata sehingga airnya kering.
  5. Masukkan sos balognes, sos cili, garam dan gula secukup rasa.
  6. Sebelum angkat taburkan di dalamnya serbuk lada hitam, orengano.
  7. Biarkan mereneh seketika, kemudian tutup api.
  8. Daging Cincang Goreng Balognes sedia dihidangkan bersama nasi ataupun roti.
Published by
Nur