Sedapnya Daging Dendeng. Boleh dijadikan idea untuk menu makan tengahari keluarga hari ini. Bila sebut pasal Dendeng, ada pelbagai resipi yang ada. Ada yang manis bercampur kicap. Ada yang ditambah dengan ketumbar dan bermacam-macam lagi stail. Bergantung ada kegemaran masing-masing.
Jom cuba resipi Daging Dendeng dari saudari Fatin Najwa Misuan. Mudah dan ringkas sahaja resipinya tapi sedap dan tentunya membuka selera. Sesiapa yang sukakan lauk sambal dan pedas, memang sesuai sangat cuba menu ni.
4 biji bawang merah kecil (saiz agak besar) – kisar kasar
4 ulas bawang putih – kisar kasar
6-7 tangkai cili merah besar – kisar kasar
4-5 biji cili padi merah – kisar kasar
Cili padi hijau secukupnya – kisar kasar
2 helai daun limau purut
Minyak masak
Air asam jawa – pes asam jawa bancuh sikit dengan air rebusan daging
1 sudu teh gula melaka
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Daging dipotong lebar. Pastikan potong lawan urat kalau tak daging jadi liat.
2.Rebus daging bersama serai, daun salam, halia dan 1 sudu kecil garam dalam pressure cooker dalam 5 minit sahaja. Kalau gun daging yang banyak bahagian otot, rebus lama sikit.
3. Keluarkan daging dan tumbuk sekeping-sekeping. Tumbuk manja untuk bagi daging nipis dan lebar. Air rebusan jangan buang. Boleh guna untuk masakan yang lain.
4.Selepas tumbuk, gaulkan daging dengan kicap manis dan sos tiram. Kemudian goreng. Jaga-jaga, waktu ni memang meletup sikit.
Ads
5.Keadaan daging selepas digoreng. Makan macam ni je dah sedap.
6.Untuk sambal, kuantiti bahan ikut kuantiti daging @ suka sambal lebih, lebihkan bahan. Empunya resipi kisar kasar. Barulah sedap dan bawang tak berair.
7. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik minyak.
8. Masukkan air asam jawa yang pesnya dibancuh dengan air rebusan daging. Ada orang masukkan air nanas @ air limau kasturi atau limau nipis.
9.Tambah gula melaka dan juga garam. Seimbangkan rasa mengikut selera masing-masing.
10.Akhir sekali masukkan daun limau purut. Gaul sebati.
Buntu memikirkan resipi lauk pauk yang hendak dimasak setiap hari? Bila ulang menu yang sama, pasti jemu. Oleh itu jom cuba koleksi resipi lauk pauk sedap dan mudah yang RASA kongsikan ini. Sesuai untuk hidangan makan tengahari keluarga tercinta. Jom cuba!
1. GULAI LEMAK SEPUT SEDUT BERSAMA DAUN KADUK DAN KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
1kg siput sedut | bersihkan, potong ekornya
500ml santan pekat
250gm ubi keledek | buang kulit dan potong dadu
150gm daun kaduk
2 batang serai | titik
1 keping asam gelugor
Garam, gula dan perasa secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
3cm kunyit hidup
2cm halia
16 biji cili padi
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk,
Masukkan bahan kisar, dan tumis hingga wangi, kemudian masukkan santan.
Didikan di atas api sederhana bersama daun kaduk dan keledek.
Setelah mendidih masukkan serai dan asam gelugor.
Selepas dua minit masukkan siput sedut.
Kemudian perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
Tutup api dan gulai sedia dihidangkan.
2. SAMBAL PARU GORENG KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
500gm paru | rebus dan hiris nipis
1 sudu air asam jawa
1 biji bawang Holland | hiris bulat
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
6 biji cili merah
5 ulas bawang
3 ulas bawang putih
2cm halia
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng paru yang telah direbus (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan air asam dan perasakan dengan garam, gula dan perasa secukup rasa.
Apabila kuah agak garing masukkan hirisan bawang Holland bersama paru.
Gaul rata kemudian tutup api.
Sambal paru sedia dihidangkan.
3. IKAN KEMBUNG GORENG CILI
BAHAN-BAHAN:
6 ekor ikan kembung | dilumur garam dan digoreng
4 sudu makan kicap manis
2 sudu makan kicap pekat
4 sudu makan sos cili
5 biji cili padi | dikisar
4 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dihiris
1 biji bawang besar Holland | dihiris
1cm halia | dihiris halus
Sedikit serbuk lada hitam
8 biji cili padi | dibuang tangkai
Sedikit air
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga garing.
Kemudian masukkan hirisan bawang putih, bawang besar, halia dan cili padi. Kacau sehingga naik bau.
Seterusnya masukkan kicap manis, kicap pekat, serbuk lada hitam dan sos cili. Kacau rata. Tambahkan sedikit air. Biarkan mendidih.
Masukkan ikan. Perasakan dengan garam jika perlu. Gaul rata dan biarkan mendidih seketika.
Sedia untuk dinikmati.
4. DAGING GORENG KUNYIT BERKENTANG
BAHAN-BAHAN:
300gm daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan tos
2 biji kentang | buang kulit dan potong dadu
1 biji bawang besar | hiris
4 ulas bawang putih |cincang
3cm halia | hiris halus memanjang
2 batang serai | titik
2 biji cili merah | hiris serong
2 biji cili hijau | hiris serong
1 batang seleri |hiris serong
1 sudu serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Minyak masak | untuk menumis dan menggoreng
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng kentang separa masak. Angkat dan ketepikan.
Kemudian gorengkan daging yang digaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit .
Goreng hingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak .
Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
Masukkan pula h serbuk kunyit, kacau seketika dan masukkan daging.
Kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kacau lagi seketika dan tutup api.
Daging Goreng Kunyit sedia dihidangkan.
5. DAGING GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang| hiris nipis
1 biji bawang Holland | hiris bulat
1 batang seleri | hiris serong
3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
2 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan yogurt
3 sudu makan minyak masak untuk menumis
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunya lawang
5 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan rempah penumis , daun kari, diikuti bahan kisar. Tumis hingga wangi.
Kemudian masukkan bancuhan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili. Kacau rata hingga timbul minyak.
Masukkan daging, terus kacau hingga daging layu.
Apabila daging layu masukkan yogurt, hirisan batang seleri dan bawang Holland.
Apabila air daging kering, perasakan dengan yogurt, garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan hidangkan panas-panas .
Anda sedang mencari KUALI NON STICK? Boleh cari DISINI.
Sajian Daging Bawang Putih ni nampak sangat sedap dan menyelerakan. Menurut empunya resipi; Myra Chaqkey, resipi ni diwarisi dari neneknya yang berasal dari Bangkok, Thailand. Cukup sekadar lauk ni dan nasi, pun dah mampu membuatkan kita makan bertambah-tambah. Nak masak pun sangat mudah. Jom cuba!
CARA MASAK DAGING BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
350gm daging – hiris
2 sudu makan minyak masak
Sedikit air
Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
1 labu bawang putih
15 biji cili padi
1 biji cili merah
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan hirisan daging yang telah bersih dan ditoskan airnya.
3. Tambahkan sedikit air supaya daging empuk sekata. Masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
4. Teruskan masak daging hingga air kering.
5. Daging Bawang Putih siap dimasak dan sedia untuk dinikmati.
Demam Rumah Terbuka masih meriah, apa kata kali ini anda sediakan lauk yang berasaskan sambal sebagai pencicah juadah seperti nasi impit, ketupat, lemang dan nasi sebagai hidangan tetamu. Empat resipi sambal ini mungkin berbaloi anda cuba kerana ia senang dan tidak banyak bahan tapi rasa menang sedap.
SAMBAL DAGING MERAH
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | rebus
4 sudu makanpes cili kering
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan air asam jawa
1 biji bawang besar hiris
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
1 batang serai
CARA MEMASAK:
Hiris daging kecil-kecil, ketepikan.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan pes cili kering, terus kacau hingga pecah minyak.
Tambahkan air asam jawa, sos cili, sos tomato dan hirisan daging.
Gaul rata hingga sekata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Jika terlalu kering tambahkan sedikit air.
Kecilkan api dan biarkan sambal terus mereneh dan timbul minyak.
Tutup api, Sambal Daging sedia dihidangkan.
SAMBAL DENDENG
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | rebus
4 sudu makan pes cili kering
2 biji bawang besar | potong dadu
5 sudu makan kicap manis
3 sudu makan kicap pekat
Garam dan gula jika perlu
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia
2cm lengkuas
2 batang serai | hiris
BAHAN REMPAH PENUMIS
1 batang serai
1 kuntum bunga lawang
4 ulas buah pelaga
CARA MEMASAK:
Daging yang telah direbus empuk dihiris kecil, kemudian tumbuk.
Gaulkan daging bersama kicap manis, kicap pekat dan bahan kisar. Perapkan daging 30 minit.
Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar.
Setelah wangi masukkan pes cili kering tadi, kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan pula perapan daging bersama air asam jawa.
Kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api terus kacau hingga timbul minyak.
Tutup api sambal dendeng sedia dihidangkan .
SAMBAL SERAI ISI AYAM
BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam | hiris kecil
1 biji bawang besar | hiris
1 biji limau nipis | jus sahaja
Garam dan gula secukup rsa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2cm halia muda
3 batang serai | hiris
3 helai daun limau purut | carik-carikkan
3 biji cili hijau
10 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Gaulkan isi ayam dengan garam dan serbuk kunyit, goreng separuh masak, angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit. Tumis bahan kisar.
Setelah naik bau, tambahkan dengan hirisan bawang besar.
Kemudian masukkan isi ayam. Kacau rata.
Perasakan dengan jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, terus kacau seketika.
Setelah cukup rasa. Tutup api dan sambal sedia dihidangkan dengan nasi impit atau ketupat.
SAMBAL DAGING BERKACANG
BAHAN-BAHAN:
250gm daging | hiris nipis dan kecil
150gm kacang tanah | goreng sangai & kisar kasar
1 sudu makan air asam jawa
4 sudu makan pes cili kering
250ml air
200ml santan
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia
2cm lengkuas
2 batang serai
REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 ulas buah pelaga
CARA MEMASAK:
Bancuh kacang yang telah dikisar dengan air. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar bersama rempah penumis.
Setelah wangi masukkan pes cili, terus kacau hingga pecah minyak.
Masukkan pula daging, terus kacau hingga daging layu.
Tambahkan ke dalamnya bancuhan kacang tanah tadi.
Selepas beberapa minit masukkan pula santan.
Setelah mereneh perasakan dengan garam dan gula secukup rasaaa.
Kecilkan api dan sentiasa kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
Tutup api, Sambal Daging Berkacang sedia dihidangkan bersama nasi impit atau ketupat nasi.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.