Sedapnya menu Daging Goreng Berlada / Daging Masak Cili ni. Bagi anda yang suka resipi-resipi ringkas untuk dicuba setiap hari, resipi perkongsian saudari Siti Mariam Zainon ini harus ada dalam senarai anda. Bahan-bahan yang digunakan sangat ringkas dan mudah didapati malah cara memasaknya juga sangat senang. Bak kata empunya resipi, rasa daging ni seakan Daging Goreng Kunyit yang dibeli di trak makanan namun versi yang lebih sedap. Wow! Berbaloi sangatlah untuk dicuba. Paling penting, rasanya yang mantap dan membuka selera.
RESEPI DAGING GORENG BERLADA / DAGING MASAK CILI YANG MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
Daging – hiris nipis
Garam dan serbuk kunyit secukupnya
Cili padi
Bawang putih – beli online disini
Bawang merah – beli online disini
1 inci halia – hiris
Sos cili – beli online disini
Kicap pekat – beli online disini
Sos tiram – beli online disini
Kacang Panjang secukupnya – hiris
Hirisan bawang besar secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Gaul daging bersama serbuk kunyit dan garam. Gaul sebati.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng daging hingga 80% masak. Angkat dan ketepikan.
3. Seterusnya kisar cili padi, bawang putih dan bawang merah. Jumlahnya bergantung pada jumlah daging yang anda guna.
4. Tumis bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan halia. Masak lagi hingga pecah minyak.
5. Kemudian masukkan sos cili, kicap pekat dan juga sos tiram dengan secukupnya.
6. Masukkan daging yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.
7. Masukkan juga hirisan kacang panjang.
8. Tambahkan hirisan bawang dan rasa. Jika kurang masin,boleh tambah garam ikut cita rasa.
9. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Siti Mariam Zainon
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official