Tercari-cari menu yang sedap, mudah dimasak serta tak guna banyak bahan? Resipi Daging Goreng Kentang perkongsian saudari Nadia Mohamad ni tersangatlah mudah. Sesuai dijadikan sajian makan tengah hari. Kalau suka makan lauk pedas, sesuai sangat cuba menu ni. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK DAGING GORENG KENTANG 5 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
3 biji ubi kentang | dipotong kecil
Sedikit daging | dihiris dan digaul garam serta kunyit
1 biji bawang holland | dikisar
5 biji cili merah | dibuang biji dan dikisar
Sedikit garam dan serbuk perasa
CARA MEMASAK: 1. Gaul ubi kentang yang telah dipotong bersama garam. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat.
2. Kemudian goreng pula daging yang telah digaul bersama kunyit. ( seeloknya rebus daging dengan sedikit air tanpa minyak dulu. bila kering, masuk minyak lebihan gorengan kentang tadi. Ini petua nak bagi daging empuk)
3. Apabila daging telah masak, angkat. Masukkan cili dan bawang holland yang sudah dikisar dalam minyak lebihan gorengan tadi.
4. Gaul rata dan tunggu sampai garing. Seterusnya masuk garam dan sedikit perasa. 5. Akhir sekali, masukkan daging dan ubi kentang. Gaul rata dan angkat. Sedia untuk dinikmati.
Ramai akui Daging Hitam orang Sarawak memang terbaik. Patutlah ia menjadi kebaggaan orang Sarawak, rasanya pedas manis yang sungguh sedap, sekali makan memang nak lagi. Kalau nak tahu apa rahsia kesedapannya, korang kenalah cuba resipi Daging Masak Hitam Gula Apung ni.
DAGING MASAK HITAM GULA APONG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis
4 sudu makan kicap pekat
4 sudu makan gula Apong
5 sudu makan pes cili kering
Sedikit air asam jawa
Garam dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
4 batang serai
3cm lengkuas
3cm halia
CARA MEMASAK:
Gaulkan hirisan daging bersama kicap pekat dan gula Apong, perapkan sekurang-kurangnya 30 minit.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumiskan cili kering.
Setelah garing masukkan bahan kisar. Kacau rata hingga timbul minyak.
Seterusnya masukkan daging yang telah diperap tadi.
Kacau rata hingga air daging kering.
Akhir sekali perasakan dengan air asam jawa, serbuk perasa serta garam secukup rasa.
Setelah daging empuk, sedikit garing dan cukup rasa tutup api.
Sedap, segar menyelerakan, itulah yang dapat digambarkan apabila menikmati sup tulang. memanag terangkat. Istimewanya selain boleh dimakan begitu sahaja, sup tulang juga boleh dipadankan dengan nasi putih, bihun, mi atau kuetiau . Nak pedas tambah sambal kicap. Kepada yang nak cuba masak sendiri, RASA kongsikan resipi kerana lebih berbaloi buat sendiri.
SUP TULANG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1 kg tulang | cuci bersih dan toskan
3cm halia | titik
3 ulas bawang putih | titik
1 batang serai
1 sudu makan rempah kurma
1 sudu makan rempah sup
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN PENUMIS:
8 ulas bawang merah | hiris
5 ulas bawang putih | hiris
3 cm halia muda | hiris memanjang
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
BAHAN HIASAN:
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit hirisan daun ketumbar
Sedikit bawang goreng
CARA MEMASAK:
1. Masukkan tulang dalam periuk bersama air, serai, halia dan bawang putih yang telah dititik. Rebus sehingga empuk.
2. Kemudian, panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan hirisan bersma rempah penumis hingga wangi
3. Masukkan rempah kurma dan rempah sup yang dicampur bersama dan dibancuh dengan sedikit air
4. Setelah pecah minyak masukkan rebusan tulang bersama airnya sekali.
5. Biarkan mereneh, tambahkan asam gelugor dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Selepas mereneh lebih kurang 10 minit dan cukup rasa, tutup api.
7. Taburkan hirisan daun bawang, daun ketumbar dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
Pergggh ..kalau dapat makan lauk-pauk berempah ni, pedas memangler tapi sedapnya sampai merecik peluh pun tak perasan. Lagi pulak kalau pekena lauk daging korban.
Lauk pauk daging pedas berempah, hot n spicy ni lama lagi lama mereneh lagi meresap rempah ratusnya. Kalau diperhangatkan esok hari pun masih ummph lagi.
Makan dengan nasi pun best, cicah roti pun bukan main sedapnya. Nah ni 4 sajian daging berempah yang pedas berempah, hot dan spicy sesuai dihidang di Aidiladha.
1. DAGING HITAM HALBA
.
BAHAN-BAHAN:
1kg daging | hiris nipis
400ml santan pekat
2 labu bawang besar | mayang halus
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan rempah kari
2 sudu makan kicap pekat manis
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh halba
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
10 biji bawang merah | kisar
5 ulas bawang putih | kisar
3cm halia | kisar
2 batang serai | ketuk
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, daun pandan dan serai hingga wangi. Masukkan bawang yang dimayang.
2. Masukkan rempah kari, cili kisar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, halba dan sedikit air. Tumis hingga rempah masak.
3. Masukkan daging, santan, kicap dan didihkan hingga daging empuk.
4. Tambah garam dan gula secukup rasa. Didihkan hingga kuah pekat dan kering.
Saiz hidangan: 5-6 orang Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Aroma dan perisa halba yang wangi Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Tumis dan goreng Info chef: Boleh masukkan cili padi yang diketuk jika mahu lebih pedas.
2. DAGING GORENG KETUMBAR
.
BAHAN-BAHAN:
400gm daging lembu muda |hiris nipis
10 biji cili padi | tumbuk kasar
1 labu bawang besar | potong bulat
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk kunyit
1-2 tangkai daun bawang | potong kecil
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Gaul daging bersama lada sulah, garam secukupnya, ketumbar, serbuk lada hitam dan serbuk kunyit. Perap selama sejam.
2. Panaskan 3-4 sudu makan minyak dalam kuali. Goreng daging hingga agak garing.
3. Masukkan bawang besar. Gaul sebati.
4. Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Rasa ketumbar dan pedas lada hitam Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Goreng dan tumis Info chef: Jika suka boleh tambah daun bawang dan hirisan cili merah.
3. DAGING MASAK JINTAN
.
BAHAN-BAHAN:
400gm daging lembu | hiris nipis & rebus hingga empuk
8 ulas bawang putih | kisar
3cm halia |kisar
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam, lada sulah dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Bawang goreng secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sesudu makan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan serbuk jintan manis, serbuk lada hitam, sos tiram dan daging yang telah direbus bersama air rebusannya sekali.
3. Didihkan hingga semua bahan empuk. Tambah garam, sedikit gula dan serbuk lada sulah secukup rasa.
4. Didihkan lagi hingga kuah pekat atau agak kering.
5. Angkat dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 3-4 orang Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Daging empuk dan sebati dengan kuah Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Goreng dan tumis Info chef: Jika suka boleh tambah beberapa biji cili padi.
4. DAGING TETEL DAUN SALAM
.
BAHAN-BAHAN:
500gm daging tetel | rebus hingga empuk
2 batang serai |titik
2 helai daun salam
8 ulas bawang merah | kisar
4 ulas bawang putih |kisar
3cm halia | kisar
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN B:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sesudu makan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B hingga wangi.
2. Masukkan serai, daun salam dan bahan-bahan kisar lalu tumis hingga beberapa minit.
3. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk lada hitam dan daging tetel yang telah direbus bersama air rebusannya sekali.
4. Didihkan hingga semua bahan empuk. Tambah garam, sedikit gula dan serbuk lada sulah secukup rasa.
5. Didihkan lagi hingga kuah pekat atau agak kering. Jika suka berkuah, tutup api setelah semua bahan masak sempurna.
Saiz hidangan: 3-4 orang Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Lemak tetel yang sedap Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Rebus dan tumis Info chef: Jika tidak suka bahagian tetel, boleh gunakan bahagian daging padat
Terima kasih Chef Suwarsi M. Arukin, Taman Sri Andalas, Klang, Selangor.
ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAPUR DAN RUMAH TERKINI DAN CEKAP, JOM LAYARI DI SINI.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.