Resipi Daging Goreng Kentang Cili Padi. Lauk Ringkas Tapi Boleh Buat Ketagih.

Share

Bagi penggemar makanan pedas, menu Daging Goreng Kentang Cili Padi ni antara yang wajib dicuba. Bahan paling ringkas tapi rasanya boleh buat orang tak berhenti makan. Memang berpeluh! Nak makan dengan nasi putih boleh atau dijadikan lauk untuk bubur pun sesuai. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

DAGING GORENG KENTANG CILI PADI

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging – hiris nipis
  • 2 biji ubi kentang – hiris nipis
  • 3 biji bawang merah
  • 15 tangkai cili padi
  • 6 biji tomato ceri – belah 2
  • 1 tangkai daun bawang – hiris
  • Garam. gula dan serbuk kunyit secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Gaul hirisan daging bersama garam dan serbuk kunyit. Gaul rata.
  2. Panaskan minyak dan goreng hingga haring. Angkat dan toskan.
  3. Menggunakan minyak yang sama, goreng hirisan kentang hingga kekuningan. Angkat.
  4. Kisar bawang merah bersama cili padi. Kemudian masukkan ke dalam kuali dan masak tanpa minyak hingga air bawang kering.
  5. Setelah air kering, masukkan minyak secukupnya. Tumis hingga pecah minyak.
  6. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
  7. Tambahkan juga daging dan ubi kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
  8. Masukkan hirisan tomato serta daun bawang. Gaul sekali lagi.
  9. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

 

 

Published by
Nur