
Bagi penggemar hidangan daging goreng, masakan perkongsian saudari Nadia Mohamad ini memang mudah dan senang disediakan. Kombinasi daging bersama kentang memberikan rasa yang sangat enak. Memang sedap walaupun hanya dinikmati bersama nasi putih. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
DAGING GORENG KENTANG
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji ubi kentang | dipotong kecil
- Sedikit daging | dihiris dan digaul garam serta kunyit
- 1 biji bawang holland | dikisar
- 5 biji cili merah | dibuang biji dan dikisar
- Sedikit garam dan serbuk perasa
CARA MEMASAK:
1. Gaul ubi kentang yang telah dipotong bersama garam. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat.
2. Kemudian goreng pula daging yang telah digaul bersama kunyit. ( seeloknya rebus daging dengan sedikit air tanpa minyak dulu. bila kering, masuk minyak lebihan gorengan kentang tadi. Ini petua nak bagi daging empuk)
3. Apabila daging telah masak, angkat. Masukkan cili dan bawang holland yang sudah dikisar dalam minyak lebihan gorengan tadi.
4. Gaul rata dan tunggu sampai garing. Seterusnya masuk garam dan sedikit perasa.
5. Akhir sekali, masukkan daging dan ubi kentang. Gaul rata dan angkat. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nadia Mohamad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sajian Barat Daging & Ayam, No 5 Tu Spageti Udang Sesedap Rasa

Apakata tengahari ni kita makan sajian barat. Sajian berasaskan daging, ayam dan udang memang sungguh wow sedapnya. Boleh dimakan dengan roti dan crepe atau makan dimakan begitu sahaja pun enak.
Ni min kongsikan 5 variasi sajian barat untuk makan tengahari dan malam. Resipi dari Azian , Hassan, penulis buku masakan. Min dah try memang lazat.
1. DAGING STROGANOFF
BAHAN-BAHANNYA :
- 1 biji bawang holland | dipotong dadu
- 1 ulas bawang putih | dicincang halus
- 3 cendawan butang | dihiris nipis
- 3 sudu makan cuka epal (cider)
- 3 sudu makan mentega
- 500 gm daging batang pinang | dipotong memanjang
- 1 cawan krim
- 1 cawan susu segar
- 1 sudu teh pasli kering
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAKNYA :
1. Panaskan dan cairkan mentega dan masukkan bawang holland dan bawang putih.
2. Masak sehingga wangi. Angkat dan ketepikan.
3. Masukkan cendawan butang dan masak selama 2-3 minit. Angkat dan ketepikan.
4. Masukkan daging dan masak sehingga daging keperangan.
5. Masukkan epal cider dan sedikit air dan biarkan ianya mendidih.
6. Masukkan serbuk lada hitam, pasli, garam,susu segar dan krim
7. Renehkan sebentar sehingga kuahnya pekat.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 25 hingga 30 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Sajian Tradisional Russia
Keistimewaan : Daging berjus dengan rasa lemak berkrim
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Gunakan daging segar yang mempunyai sedikit lemak untuk rasa lebih enak. Sajian tradisional Russia ini sudah wujud sejak abad ke 19 dan amat popular di seluruh dunia.
2. AYAM PANGGANG DENGAN NENAS
BAHAN-BAHAN :
- 1/2 biji nenas | sederhana saiz, dikupas dan potong dadu
- 2 ketul peha ayam
- 4 sudu makan mentega
- 1 sudu makan madu
- 2 biji bawang merah | dicincang halus
2 biji cili merah | dihiris nipis - 1 biji oren | ambil jusnya
- 1/2 cawan apple cider @ cuka epal
- 2 sudu makan tepung jagung
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh lada sulah
- 1 sudu teh garam
CARA MEMASAKNYA :
1. Bersihkan ayam dan tos ayam dengan menggunakan tisu dapur
2. Lumurkan ayam dengan garam,serbuk lada hitam dan lada sulah
3. Sementara itu panaskan mentega didalam kuali
4. Tumis bawang sehingga layu dan kemudian masukkan madu.
5. Masukkan apple cider, jus oren nenas dan cili merah.
6. Bancuhkan tepung jagung bersama air dan masukkan kedalam kuali.
7. Masak sehingga kuah pekat
8. Letakkan ayam keatas dulang pembakar
9. Tuangkan kuah tadi keatas ayam .
10. Panaskan ketuhar, dan bakar ayam di dalamnya dengan suhu 250 C selama 40-45 minit.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak : Tumis dan bakar
Jenis masakan : Sajian barat fusion
Keistimewaan : Rasa masam manis dari nenas menjadikan ayam panggang lebih lazat
Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Sajian barat dengan sentuhan rasa tempatan. Lazat dimakan bersama kentang putar dan coleslaw.
3. CREPE BERINTI BAYAM DAN AYAM
BAHAN-BAHAN :
Bahan crepe :
- 175 gram tepung serbaguna
- 3 biji telur
- 1 sudu makan mentega
- 1 ½ cawan susu segar
- ½ sudu teh garam
Bahan inti :
- 100gm isi ayam | dipotong dadu
- 1 labu bawang Holland | dipotong dadu
- 3 ulas bawang putih | dicincang halus
- 1 ikat daun bayam | secekak, dibasuh bersih dan ditoskan
- 3 tangkai daun ketumbar | dipotong pendek
- 1 sm halia | dicincang halus
- 1 sudu kecil serbuk cili
- 1 sudu kecil garam masala
- 1 sudu kecil garam
- 3 sudu besar minyak
CARA MEMASAK:
Cara membuat Crepe:
1.Ayak tepung bersama garam. Ketepikan
2.Pukul telur sehingga kembang dan masukkan telur ke dalam adunan.
3.Kacau adunan hingga sebati.
4. Masukkan susu sedikit demi sedikit dan terus mengacau adunan.
5. Pastikan adunan tidak berketul.
6. Biarkan adunan seketika untuk 1 jam
7. Selepas itu bolehlah di panaskan kuali dan sapukan sedikit mentega
8. Masukkan satu senduk adunan dan ratakan seperti membuat pan cake atau lempeng.
Cara membuat inti :
1. Panaskan minyak dan masukkan bawang holland dan masak sehingga ianya layu.
2. Masukkan isi ayam, bawang putih, halia ,serbuk cili, garam masala dan garam.
3. Selepas itu masukkan tomato dan bayam
4. Kacau hingga ayam masak dan akhir sekali masukkan daun ketumbar
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 20 – 30 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Sajian barat fusion
Keistimewaan : Sajian crepe berkhasiat dengan gabungan inti ayam dan bayam
Anggaran kos : RM 12
INFO CHEF : Usah membuat crepe yang terlalu tebal kerana ia menenggelamkan keenakan rasa inti ayam bayam.
4. STEW DAGING
BAHAN-BAHAN :
- 500gm daging batang pinang | diptong saiz 3 sm
- 1 biji bawang holland | dipotong dadu
- 100gm mentega
- 3 sudu makan tepung gandum
- 2 biji lobak merah | dipotong membulat tebal
- 2 batang saderi | dipotong pendek
- 3 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh thyme
- 1 sudu teh rosemary
- 3 helai daun bay
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Panaskan kuali dan cairkan mentega
2. Masukkan bawang holland dan masak setakat ianya layu.
3. Masukkan tepung dan kacau sehingga warnanya menjadi keperangan.
4. Tuangkan air sedikit demi sedikit
5. Ulang langkah ini selama 3 kali dan akhir sekali tuangkan air mengikut kesesuaian.
6. Masukkan kesemua bahan-bahan lain dan reneh sehingga daging lembut.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Sajian barat
Keistimewaan : Sajian stew bertambah lazat, bila dihangatkan dari lauk semalaman.
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Enak dimakan bersama roti. Anda juga boleh menambahkan kentang, cendawan dan kacang pis hijau ikut rasa yang anda gemari.
5. SPAGHETTI UDANG
BAHAN-BAHAN :
- 1 biji bawang holland | dipotong dadu
- 1 ulas bawang putih | dipotong dadu
- 1 sudu teh paprika
- 2 cawan stok ayam
- 150gm spaghetti | direbus dan toskan
- 4 ekor udang
- 2 ekor sotong
- 2 tangkai daun ketumbar | dicincang halus
- 1 sudu makan minyak zaitun
- Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAKNYA :
1. Rebuskan dan toskan spaghetti, ketepikan
2. Panaskan minyak dan masukkan bawang holland dan bawang putih dan masak sehingga wangi.
3. Masukkan serbuk paprika, serbuk lada hitam,tomato dan stok ayam
4. Masak sehingga kuah mendidih dan masukkan udang dan sotong
5. Masak selama 2-3 minit dan perasakan dengan garam dan lada sulah. Akhir sekali masukkan spaghetti tadi dan gaul.
6. Taburkan daun ketumbar
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Pasta
Keistimewaan : Spaghetti Makanan Laut memang lazat dengan ramuan udang segar
Anggaran kos : RM 13
INFO CHEF : Selain udang dan sotong, anda boleh sahaja memasukkan makanan laut yang lain seperti kekapis, kerang, kepah dan sebagainya.
Buat Sendiri Meatball Bolognese Cheese, Sedap Tak Terkata

Sedapnya makan meatball bolognese cheese ni. Makan panas-panas. Wowo sungguh rasanya. Nak beli, sebekas tu berbelas ringgit juga harganya. Apa kata buat sendiri hidangan barat ni? Sedap tau. Jom, RASA kongsikan resipinya.
MEATBALL BOLOGNESE CHEESE
BAHAN-BAHAN
1 peket meatball
Sedikit mentega atau minyak masak
1 biji bawang holland (potong dadu)
I biji capsicum merah/hijau (potong dadu)
1 tin sos bolognese prego
1/2 cawan susu segar
Sedikit garam
Sedikit lada hitam (tumbuk kasar)
Mozarella cheese
CARA MEMBUAT
1. Goreng meatball dengan sedikit mentega atau minyak masak.
2. Masukkan bawang holland dan capsicum merah. Tumis lagi.
3. Tutup api dan ketepikan.
4. Dalam periuk lain, masukkan sos bolognese.
5. Masukkan sos, susu segar, garam dan lada hitam.
6. Masak sehingga mendidih dan pekat. Tutup api.
7. Masukkan meatball tadi ke dalam loyang.
8. Letakkan sos bolognese menutupi meatball.
9. Tabur keju mozarella.
10. Bakar pada suhu 170 darjah selama 15 minit.
Selamat mencuba.
Kredit resipi https://www.facebook.com/groups/shareresipi/permalink/3671228036237044/
Daging Palembang Ringkas & Sedap, Boleh Cuba Ni!

Macam-macam versi orang masak Daging Palembang, tapi menariknya daging ini tetap sedap dengan rasa gabungan pedas dan manis kicap yang sangat sedap sebagai hidangan keluarga di hujung minggu atau lauk untuk kenduri kerana ia lebih mudah dimasak berbanding rendang daging biarpun rasanya hampir sama.
DAGING PALEMBANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg daging – potong lebar dan nipis
- 3 batang serai – titik
- 750 ml santan pekat
- 250 gm kicap manis
- 150 ml minyak masak
BAHAN-BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 cm halia
- 3 cm lengkuas
- 15 tangkai cili kering
- 3 cm kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 kuntum bunga cengkih
- 4 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, kemudian tumis bahan penumis, bahan kisar bersama serai sehingga pecah minyak.
- Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga air daging keluar dan biarkan seketika.
- Masukkan kicap, diikuti dengan santan. Biarkan mendidih hingga daging mula empuk.
- Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat dan timbul minyak.