Resipi Daging Goreng Kentang. Menu Mudah, Sedap & Cepat Masak

Share

Pernah cuba menu Daging Goreng Kentang? Ringkas resipinya namun rasa sangat sedap. Bagi penggemar daging, masakan ini memang mudah dan senang disediakan.  Kombinasi daging bersama kentang pastiya akan memberikan rasa yang lebih enak. Namun pastikan daging tersebut lembut dan empuk. JOm cuba resipi perkongsian saudari Nadia Mohamad ni. Pasti puas hati. 

CARA MASAK DAGING GORENG KENTANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji ubi kentang | dipotong kecil beli online disini
  • Sedikit daging | dihiris dan digaul garam serta kunyit
  • 1 biji bawang holland | dikisar beli online disini
  • 5 biji cili merah | dibuang biji dan dikisar
  • Sedikit garam dan serbuk perasa

CARA MEMASAK:

 1. Gaul ubi kentang yang telah dipotong bersama garam. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat.

 2. Kemudian goreng pula daging yang telah digaul bersama kunyit. ( seeloknya rebus daging dengan sedikit air tanpa minyak dulu. bila kering, masuk minyak lebihan gorengan kentang tadi. Ini petua nak bagi daging empuk)

 3. Apabila daging telah masak, angkat. Masukkan cili dan bawang holland yang sudah dikisar dalam minyak lebihan gorengan tadi.

 

4. Gaul rata dan tunggu sampai garing. Seterusnya masuk garam dan sedikit perasa.

 5. Akhir sekali, masukkan daging dan ubi kentang. Gaul rata dan angkat. Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Nadia Mohamad

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur