Pernah cuba menu Daging Goreng Kentang Pedas? Ringkas resipinya namun rasa sangat sedap. Bagi penggemar daging, masakan ini memang mudah dan senang disediakan.  Kombinasi daging bersama kentang pastiya akan memberikan rasa yang lebih enak. Namun pastikan daging tersebut lembut dan empuk. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nadia Mohamad ni. Pasti puas hati.

CARA MASAK DAGING GORENG KENTANG PEDAS YANG SEDAP & MUDAH

Resipi Daging Goreng Kentang Pedas Paling Sempoi
BAHAN-BAHAN:

3 biji ubi kentang | dipotong kecil – beli online disini
Sedikit daging | dihiris dan digaul garam serta kunyit
1 biji bawang holland | dikisar – beli online disini
5 biji cili merah | dibuang biji dan dikisar
Sedikit garam dan serbuk perasa

CARA MEMASAK:

1. Gaul ubi kentang yang telah dipotong bersama garam. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat.

Resipi Daging Goreng Kentang Pedas Paling Sempoi

2. Kemudian goreng pula daging yang telah digaul bersama kunyit. ( seeloknya rebus daging dengan sedikit air tanpa minyak dulu. bila kering, masuk minyak lebihan gorengan kentang tadi. Ini petua nak bagi daging empuk)

Ads

Resipi Daging Goreng Kentang Pedas Paling Sempoi

3. Apabila daging telah masak, angkat. Masukkan cili dan bawang holland yang sudah dikisar dalam minyak lebihan gorengan tadi.

4. Gaul rata dan tunggu sampai garing. Seterusnya masuk garam dan sedikit perasa.

5. Akhir sekali, masukkan daging dan ubi kentang. Gaul rata dan angkat. Sedia untuk dinikmati.

Resipi Daging Goreng Kentang Pedas Paling Sempoi
Kredit resipi & foto: Nadia Mohamad

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Ads

Aneka Resipi Lauk Sedap & Mudah Sesuai Untuk Sahur & Berbuka Puasa

Resipi Ayam Perattal. Cara Masak Ringkas Je Tapi Sangat Sedap

Resipi Terung Goreng Berlada Sedap, Begini Cara Masaknya

Ads

Resipi Bihun Goreng Singapore Versi Abah. Ringkas Je Tapi Sangat Sedap

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI