
Jom cuba resipi Daging Goreng Ketumbar yang sangat sedap perkongsian saudari Aisyah Humaira. Ringkas dan tidak menggunakan banyak bahan. Sesuai untuk anda yang nak makan sedap tapi tak ada banyak masa di dapur. Lauk ni makan dengan telur mata kicap pun layan. Jom cuba resipi di bawah.
CARA MASAK DAGING GORENG KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging batang pinang – hiris nipis
1-2 biji bawang besar – hiris bulat
2 sudu besar biji ketumbar – tumbuk sedikit separuh hancur
Garam,serbuk kunyit dan serbuk perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan daging, biji ketumbar, garam, serbuk kunyit dan perasa dalam bekas. Ratakan daging dengan semua bahan tersebut.
2. Panaskan minyak dan goreng hingga masak.
3. Tabur bawang besar dan kacau sekejap hingga bawang layu.
4. Daging Goreng Ketumbar siap dan sedia untuk dihidang.
TIP:
- Jika guna daging bahagian lambat masak (lambat empuk) daging kena masak guna teknik “daging goreng kelantan” dimana minyak tu kena tukar kepada air.
Maksudnya, lepas daging dah digaul dengan ketumbar, garam, kunyit dan perasa, masukkan ke dalam kuali dan masukkan air. - Masak guna api perlahan dan reneh daging hingga lembut/empuk dan air kering. Kalau air dah kering tapi daging masih liat, tambah lagi air dan teruskan mereneh.
Setelah daging lembut dan air kering, boleh masukkan minyak dan goreng. Tambah bawang dan goreng hingga layu. Siap.Kredit resipi & foto: Aisyah Humairah
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI