Kalau dah puas makan gulai, atau rendang daging, menu daging goreng ketumbar ini antara yang boleh dicuba. Nampak seperti daging goreng kunyit tapi lebih enak kerana adanya ketumbar.
Lauk ini juga pernah popular satu Ketika dulu selepas Dato’ Rizalman berkongsi resipi yang asalnya dari Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah dalam satu program masakan.
Daging secukupnya – dipotong
4-5 sudu besar – ditumbuk kasar
Bawang besar -dibelah empat
Lobak merah -dipotong
Cili api
Cili besar atau lada benggala
Kicap lemak manis
Serbuk kunyit
Garam
1. Gaul daging yang sudah dipotong dengan serbuk kunyit (lebihkan) Bersama garam. Perap seketika.
2. Kemudian panaskan minyak dan goreng daging hingga sedikit garing.
3. Selepas daging garing, masukkan biji ketumbar yang tumbuk (sesuaikan dengan kuantiti daging). Gaul.
4. Seterusnya masukkan bawang besar, lobak merah dan cili. Gaul.
5. Renjiskan kicap lemak manis dan gaul rata. Siap, boleh kaup daging dan bahan-bahan lain, jangan kaup sekali minyak.
Hidangkan dengan nasi dan sambal belacan.
Sumber: Mamaamna Aisya
Artikel berkait: Tip Buat Daging Goreng Kunyit Yang Sedap & Lembut