Resipi Daging Goreng Kunyit Cara Kampung. Ringkas & Mudah!

Share

Ringkas tapi sangat membuka selera. Resipi orang tua dulu-dulu bila masak Daging Goreng Kunyit. Tersangat mudah dan kalau makan dengan nasi panas, perghhh..memang layan!

DAGING GORENG KUNYIT CARA KAMPUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 4 ulas bawang besar |dihiris
  • 2 ulas bawang putih |dihiris
  • 2cm kunyit hidup |ditumbuk lumat
  • 4 tangkai kacang panjang |dipotong sepanjang 2.5cm
  • 1 bijicili merah |dihiris
  • 4 biji cili api
  • 2  sudu teh garam
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Rebus daging sehingga empuk. Kemudian hiris nipis-nipis. Perap daging dengan serbuk kunyit dan garam.
  2. Kemudian goreng daging sehingga masak dan garing. Angkat sebentar.
  3. Kurangkan minyak, masukkan hirisan  cili merah, cili api, bawang besar, bawang putih dan kunyit hidup yang telah ditumbuk lumat.
  4. Setelah naik bau, masukkan daging bersama kacang panjang . Gaul hingga sekata dan perasakan dengan garam secukupnya.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Info chef: Enak dinikmati bersama nasi putih panas

Published by
Nur