Resipi Daging Goreng Pedas, Menu Lazat Untuk Makan Tengahari

Share

Daging Goreng Pedas perkongsian saudari Umi Watie ini tentunya harus dicuba. Bukan sahaja disebabkan rasanya yang sedap, menu ini juga mudah dimasak. Sesuai sangat disajikan ketika makan tengahari. Gaul-gaul bersama nasi putih panas, waduh… sudah cukup membuka selera sekeluarga. Jomlah cuba. Anda pasti kagum dengan rasanya.

CARA MASAK DAGING GORENG PEDAS

BAHAN-BAHAN:
500gm daging – hiris
2 sudu makan sos tirambeli online disini
2 sudu makan sos tomato beli online disini


3 sudu makan sos cili beli online disini
4 sudu makan kicap manis beli online disini
1 biji bawang Holland – hiris beli online disini
7 biji cili api – ketuk
Serbuk kunyit secukupnya beli online disini
Garam secukup rasa
Minyak masak

BAHAN KISAR HALUS:
1 biji bawang merah beli online disini
2 ulas bawang putih beli online disini
½ inci halia beli online disini
7 tangkai cili kering beli online disini

CARA MEMASAK: 
1.Gaulkan hirisan daging bersama serbuk kunyit dan garam. Kemudian goreng dalam kuali sampai sedikit garing.


2. Bila daging sudah masak dan garing, angkat dan ketepikan.
3. Dengan menggunakan minyak yang sama (boleh kurangkan sedikit jumlahnya), tumis bahan kisar sampai wangi, garing dan pecah minyak.


4. Bila sambal sudah elok pecah minyak, masukkan semua sos sos dan kicap manis.


5. Gaul-gaul bagi rata. Pastikan guna api kecil sahaja. Empunya resipi tidak letak garam atau gula kerana semuanya sudah cukup rasa. Namun, boleh ubah mengikut selera.


6. Masukkan daging yang telah digoreng tadi bersama hirisan bawang Holland dan cili api.


7. Gaulkan hingga rata dan biarkan sampai bawang sedikit layu. Matikan api. 8. Daging Goreng Pedas siap dimasak dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Umi Watie

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur