Resipi Daging Goreng Petai, Buat Tambah Selera Makan

Share

Selain dijadikan ulam, petai juga boleh dijadikan sebagai tambahan pada lauk yang dimasak. JIka sebelum ini petai selalu jadi tambahan dalam sambal tumis, kali ini boleh juga dimasukkan dalam hidangan daging goreng.

Apa kata korang cuba resipi daging goreng petai ni. Memang sangat sedap. Apatah lagi dimakan panas-panas dengan nasi putih panas. Tambahkan cili biar pedas-pedas sikit. Sedap weh.

DAGING GORENG PETAI

BAHAN-BAHAN
• Bawang putih (ditumbuk)
• Halia (ditumbuk)
• Daging (dihiris nipis)
• Kunyit
• Garam
• Minyak masak untuk menggoreng
• 1 biji bawang holand atau bawang besar (dihiris)
• Sos tiram
• Cili merah
• Gula dan garam secukup rasa
• Petai

CARA MEMBUAT
1. Tumbuk bawang putih dan halia. Jangan sampai lumat. Gaulkan bersama daging, kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak dan goreng daging sehingga lembut. Tambahkan air jika perlu. Jangan goreng garing pula. Bila daging dah empuk, boleh tutup api dan ketepikan.
3. Panaskan kuali, tumis bawang holland sehingga layu. Masukkan daging, sos tiram dan tambah sedikit air. Biarkan semuanya sebati.
4. Kemudian masukkan cili merah, gula dan garam.
5. Akhir sekali masukkan petai. Goreng sehingga daging agak kering. Bila semuanya dah sebati boleh tutup api. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Resipi oleh unknown dari Telegram KakiMakan

Published by
Maryam Elyas