Selain ikan dan ayam, daging juga sering menjadi pilihan dalam menu hidangan. Pelbagai masakan daging yang boleh diolah dan enak dijadikan sebagai menu harian. Dikongsi resipi yang boleh korang hidangkan untuk keluarga nanti.

Resipi Daging Istimewa Dan Membuka Selera

Daging Cincang Goreng Bolognese

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm daging kisar | lalukan di atas air bersih dan tos
  • 100gm sos balognes
  • Sedikit parutan lobak merah
  • 1 biji tomato | dadu halus
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu teh oregano
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 biji bawang besar| dadu halus
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak masak | untuk menumis

 

CARA MEMASAK:

1.   Panaskan minyak, kemudian tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi dan kekuningan.

2.   Masukkan masukkan pes cili, kacau lagi hingga pecah minyak.

3.   Seterusnya masukkan daging cincang dengan parutan lobak merah.

4.   Kacau rata sehingga airnya kering.

4.   Masukkan sos balognes, sos cili, garam dan gula secukup rasa.

5.   Sebelum angkat taburkan di dalamnya serbuk lada hitam, orengano.

6.   Biarkan mereneh seketika, kemudian tutup api.

7.   Daging Cincang Goreng Balognes sedia dihidangkan bersama roti.

 

Resipi Daging Istimewa Dan Membuka Selera

IKLAN

Daging Goreng Tomato

BAHAN-BAHAN:

*300gm daging | hiris, cuci dan tos

  • 2 sudu makan puri tomato
  • 5 biji tomato ceri
  • 1 sudu teh serbuk oregano
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1sudu makan sos cili
  • 1 biji bawang besar | dadu halus
  • 4 ulas bawang putih | cincang halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

1.  Panaskan mentega bersama minyak, tumiskan bawang putih, merah hingga kekuningan.

2.  Kemudian masukkan puri tomato, sos cili, kacau rata.

3.  Masukkan daging, kacau hingga daging berubah warna dan airnya kering.

4.  Masukkan tomato ceri, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

5.  Akhir sekali taburkan serbuk lada hitam, orengano di dalamnya.

6.  Kacau lagi seketika, kemudian tutup api.

7.  Daging Goreng Tomato sedia dihidangkan.

IKLAN

Resipi Daging Istimewa Dan Membuka Selera

Daging Paprika Cendawan

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm daging | hiris, cuci dan tos
  • 150gm cendawan shitake
  • 1 biji cili merah | hiris
  • 1 biji cili hijau |hiris
  • 1sudu makan paprika
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu teh serbuk oregano
  • 1 biji bawang besar |hiris
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2cm halia | hiris halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak | untuk menumis

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak, kemudian tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga wangi.

2. Masukkan daging, kacau lagi hingga daging berubah warna.

3. Kemudian masukkan pula cendawan, sos tomato, hirisan cili merah dan hijau .

4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

5. Sebelum angkat taburkan serbuk oregano dan paprika.

6. Gaul seketika dan tutup api.

IKLAN

7. Daging Paprika  Cendawan sedia dihidangkan panas-panas.

 

Resipi Daging Istimewa Dan Membuka Selera

Daging Goreng Cili Padi

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging
  • 1 biji bawang besar    | hiris
  • 2 ulas bawang putih   | tumbuk kasar
  • 2 ulas bawang merah   | tumbuk kasar
  • 10 biji cili padi  | tumbuk kasar
  • 2 tangkai kacang panjang    |potong 1 inci
  • Garam dan gula secukupnya
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

1.    Rebus daging dan hiris nipis. Kemudian gaul dengan serbuk kunyit. Ketepikan.

2.    Panaskan minyak di dalam kuali, goreng daging hingga garing. Angkat dan ketepikan.

3.    Dengan menggunakan  minyak yang sama, tumis bahan yang telah ditumbuk hingga terbit bau.

4.    Masukkan kacang panjang yang telah dipotong. Masukkan daging yang telah digoreng tadi dan hirisan bawang besar. Masak sehingga kering.

5.    Angkat dan sedia dihidangkan.

Daging Masak Hitam Versi Super Sedap

Sangai Beras & Tumbuk Kasar. Ini Petua Buat Daging Pekasam Homemade Yang Sedap

“Daging Kena Rebus Dulu Baru Sedap”. Ini Cara Masak Daging Merah Sebijik Macam Kedai Siam

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI