Resipi Daging Malbari Guna Sukatan 1 Kg Daging.

Share

Bila tiba musim perayaan, hidangan Daging Malbari ni antara yang popular dan menjadi pilihan ramai. Bagi anda yang teringin nak rasa dan sajikan buat tetamu yang bertandang, resipi di bawah ini sangat mudah untuk dicuba. Sukatannya adalah untuk 1kg daging. memang mudah nak agak jika nak gandakan jumlahnya.

RESIPI DAGING MALBARI ( 1 KG DAGING)

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg daging – dipotong kecil
  • 1/2 botol kecil kicap kipas udang
  • 3 bungkus kerisik ( anggaran 5-6 sudu makan)
  • Gula merah – RM1 @ 1-2 keping. Masak dengan sedikit air & tapis.

BAHAN KISAR:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 sudu makan rempah biji
  • 1 sudu makan jintan putih
  • 2 sudu makan jintan manis
  • Segenggam cili kering
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar
  • 2 inci halia

CARA MEMASAK:

1. Goreng semua bahan kisar dalam kuali (tanpa minyak) sehingga wangi. Guna api perlahan. Kemudian kisar semua bahan ini.

2. Kemudian satukan bahan kisar bersama daging dan kicap. Kacau sebati dan perap selama 1-2 jam.

3. Cukup masa perapan, masukkan sedikit minyak ke dalam kuali. Tumis daging yang diperap tadi. Masukkan sedikit air.

4. Masak sehingga daging lembut. Jika masih keras, tambah lagi air sehingga lembut.

5. Seterusnya masukkan kerisik, garam, gula dan air gula.

6. Masak hingga kuah pekat berpalut pada daging. Sedia untuk dinikmati!

 

Kredit resipi & foto: Saba Natasha

Published by
Nur