Bila tiba musim perayaan, hidangan Daging Malbari ni antara yang popular dan menjadi pilihan ramai. Bagi anda yang teringin nak rasa dan sajikan buat tetamu yang bertandang, resipi di bawah ini sangat mudah untuk dicuba.  

 

RESIPI DAGING MALBARI ( 1 KG DAGING)

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg daging – dipotong kecil
  • 1/2 botol kecil kicap kipas udang
  • 3 bungkus kerisik ( anggaran 5-6 sudu makan)
  • Gula merah – RM1 @ 1-2 keping. Masak dengan sedikit air & tapis.

BAHAN KISAR:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 sudu makan rempah biji
  • 1 sudu makan jintan putih
  • 2 sudu makan jintan manis
  • Segenggam cili kering
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar
  • 2 inci halia

Resipi Daging Malbari Untuk Sukatan 1 Kg Daging.

IKLAN

CARA MEMASAK:

1. Goreng semua bahan kisar dalam kuali (tanpa minyak) sehingga wangi. Guna api perlahan. Kemudian kisar semua bahan ini.

Resipi Daging Malbari Untuk Sukatan 1 Kg Daging.

IKLAN

2. Kemudian satukan bahan kisar bersama daging dan kicap. Kacau sebati dan perap selama 1-2 jam.

Resipi Daging Malbari Untuk Sukatan 1 Kg Daging.

3. Cukup masa perapan, masukkan sedikit minyak ke dalam kuali. Tumis daging yang diperap tadi. Masukkan sedikit air.

IKLAN

4. Masak sehingga daging lembut. Jika masih keras, tambah lagi air sehingga lembut.

5. Seterusnya masukkan kerisik, garam, gula dan air gula.

6. Masak hingga kuah pekat berpalut pada daging. Sedia untuk dinikmati!

Resipi Daging Malbari Untuk Sukatan 1 Kg Daging.

Kredit resipi & foto: Saba Natasha

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI