Resipi Daging Masak Asam Sedap, Mudah & Guna Bahan Sempoi Je

Share

Menu Daging Masak Asam perkongsian saudari Mariana Zainal ini memang nampak menyelerakan. Sesuai sangatlah kalau sediakan untuk makan tengahari nanti. Mudah, tak perlu masa yang banyak dan paling penting, sangat membuka selera.

Bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakan menu ini sangat ringkas dan mudah. Tidak menggunakan terlalu banyak bahan yang sukar. Sesuai sangatlah bagi anda yang tak punya banyak masa di dapur.

Kata empunya resipi, kalau nak lagi sedap dan mudah, guna daging batang pinang. Barulah tak perlu rebus lama. Daging pun lembut dan empuk sempurna. Jom lah cuba. Anda pasti sukakan rasanya.

 

DAGING MASAK ASAM PALING MUDAH & SEDAP

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg daging – hiris kecil
  • 2 biji bawang besar – hiris beli online disini
  • 6 ulas bawang putih – hiris
  • Halia sebesar ibu jari – hiris
  • 2 batang serai – diketuk
  • 1 helai daun kunyit – dicarik
  • 1 cawan air asam jawa sederhana pekat beli online disini
  • 1 sudu besar jintan manis beli online disini
  • 1/2 sudu makan garam
  • 1 sudu teh gula
  • Sedikit bahan perasa jika suka
  • 1 sudu makan serbuk kunyit beli online disini
  • 2 1/2 cawan air
  • 3 senduk minyak masak
  • Sedikit cili padi atau cili merah (hiasan)

CARA MEMASAK:

1.Satukan air asam jawa dan jintan manis. Kisar bagi jintan halus. Jika tiada blender, boleh tumbuk jintan hingga halus guna lesung batu.

2.Panaskan minyak. Masukkan serai.

3.Bila serai sudah agak garing, masukkan bahan-bahan hiris. Tumis hingga layu.

4.Masukkan daging. Guna api sederhana perlahan dan masak hingga air daging kering dan naik minyak.

5.Bila sudah elok naik minyak, masukkan serbuk kunyit dan air asam jawa. Biarkan mendidih dan naik minyak lagi.

6.Masukkan air. Bila kuah mula kering, masukkan daun kunyit, cili besar, garam, gula dan bahan perasa (jika perlu).

7.Masak hingga daging pekat elok. Jika suka berkuah, boleh tambah 1/2 cawan air. Angkat dan sedia untuk dinimati.

 

 

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Published by
Nur