Resipi Daging Masak Kurma Sedap dan Mudah Dimasak.

Share
Kalau dahulu masak kurma hanya boleh dinikmati ketika kenduri kahwin atau hari raya, kini ia boleh dimasak sendiri kalau sesekali rasa teringin. Lebih enak kalau diregukan dengan nasi minyak dan jelatah. Anak-anak juga pasti mengemarinya.
BAHAN-BAHAN:
  • 500 gm daging | dihiris nipis
  • 50 gm serbuk kurma
  • 2 biji cili hijau | dibelah dua
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 cawan santan
  • 2 ulas bawang kecil | dihiris
  • 2 ulas bawang putih | dihiris
  • 1 ulas bawang besar | dihiris
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Sedikit air
  • Minyak masak
  • Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Rebus daging hingga lembut dan ketepikan.
2. Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bawang kecil, bawang besar dan bawang putih sehingga berbau harum.
3. Kemudian masukkan serbuk kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air.
4. Tumis seketika sehingga pecah minyak dan kemudian masukkan daging yang telah direbus tadi.
5. Gaul rata sebelum dimasukkan santan, cili hijau dan perasakan dengan garam.
6. Biarkan mendidih dan kuah agak pekat.
7. Sedia untuk dihidang.
Published by
Ida Abd Aziz