Resipi daging masak manis ini memang sesuai untuk citarasa sekeluarga termasuklah kanak-kanak. Jika mencari menu yang tak pedas menu berkuah pekat ini boleh dicuba.
Cara buat daging masak manis
Bahan-bahan
300gm daging potong kecil & rebus hingga empuk
4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih & buah pelaga)
1 biji kentang -dipotong 8 dadu besar
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar gula
Garan
Serbuk perasa
Minyak masak
Bahan kisar
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1inci halia
1 batang serai
4 sudu makan cili kering – direbus & kisar)
Beef Stew atau Daging Stew adalah menu barat yang rasanya hampir dengan rasa gabungan masak kicap dan lada hitam. Tambahan herba seperti daun Thym dan bay memberikan sedikit pengaruh menu masakan barat. Namun rasanya sangat sedap dan sesuai dengan selera kita dan mereka yang tidak suka pedas dan kanak-kanak mesti sukakannya. Berikut disertakan resipinya di sini:-
BEEF STEW BAHAN-BAHAN:
1 1/2kg daging lembu | bahagian batang pinang
1/4 + 1sudu makan tepung serbaguna
2 sudu teh garam
Sedikit lada hitam | kisar kasar.
3 sudu makan minyak masak
1 labu bawang besar | cincang kasar
2 sudu makan pes tomato
4 cawan air
2 kiub stok daging
2 helai daun bay
4 tangkai daun thyme | jika tiada boleh guna yang kering)
3 batang lobak merah | potong dadu kasar
3 batang daun celery | potong
biji kentang |potong empat atau dua
1cawan kacang pis dalam tin
CARA MEMBUAT:
Campurkan tepung bersama garam serta lada hitam, gaul sebati.
Potong daging seperti kiub sebesar 1 atau 1 1/2 inci. Kemudian gaulkan daging bersama tepung tadi.
Panaskan minyak. Toskan daging daripada tepung tadi dan masukkan kedalam periuk. Masak sehingga keperangan, angkat dan ketepikan.
Menggunakan periuk yang sama, masukkan pula bawang besar, sedikit garam dan serbuk lada hitam. Tumis sehingga layu.
Kemudian masukkan pes tomato, dan gaul sehingga sebati.
Masukkan 1 sudu besar tepung dan kacau sebati. Masak selama 2-3 minit supaya tepung itu betul-betul masak.
Kemudian masukkan daging, air, kiub stok lembu, daun bay dan daun thyme. Tutup periuk dengan penutup dan masak dengan api yang sederhana.
Biarkan ianya mereneh selama 1 jam atau sehingga daging empuk. Tambah air jika perlu
Setelah daging empuk, masukkan sayur- sayuran dan ubi kentang. Masak sehingga empuk.
Setelah itu masukkan kacang pis dan perasakan secukupnya dengan garam dan lada hitam
Mengikut perkongsian dari Rose Misymuchy resipi ini diberikan oleh ibu mertuanya yang biasa dimasak bila tiba hari raya. Kalau dah sedap tak payah tunggu raya, sekarang pun boleh masak. Sesuai jer dimakan bila-bila masa, cuma banyak sikit rencahnya. Nak makan sedap kenalah bersabar ya! Selamat mencuba.
RESIPI DAGING MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN:
Daging (Lagi sedap kalau daging batang pinang)
*Jintan kasar
*Jintan halus
*Bunga lawang
*Kayu manis
*Buah pelaga
*Cili kering
BAHAN TUMIS:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
CARA MEMASAK:
Sangai bahan * sampai bau harum.
Kemudian sangai dengan cili kering sedikit, ikut kepedasan masing-masing.
Kisar halus bahan-bahan yang disangai tu dan gaul dengan daging yang dah dibasuh. Kemudian perap dalam setengah jam.
Bahan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hiris nipis.
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan hiris, dah garing masukkn daging yang diperap tadi.
Sambil kacau masukkan kicap kipas udang, gula. Nak pekat tambah sikit kicap pekat. Kemudian masuk dalam preasure cooker lagi cepat empuk.
Masak sampai kering dan bersalut rempah dengan daging. Siap.
Nota: Boleh je gantikan dengan ayam yang dah di goreng kejap…tabur daun kari.
Satu lagi resipi orang Pantai Timur yang popular, iaitu Kerutuk Daging. Sangat sedap dimakan dengan nasi berperisa atau nasi putih. Lagi sedap bila kuahnya agak pekat, penuh dengan aroma rempah ratus. Jom kita cuba resipi daripada saudara Muliadi Ramli ini. Anda pasti berselera.
CARA MASAK KERUTUK DAGING PANTAI TIMUR
BAHAN-BAHAN:
800gm daging lembu (dibersihkan dan dipotong melawan urat daging, tidak terlalu tebal atau nipis, potongan daging agak besar)
3 sudu besar rempah kerutuk – beli online disini
1 sudu besar rempah masak cap rose – beli online disini
½ kotak kecil santan – beli online disini
Gula melaka secukup rasa – beli online disini
1 biji bawang holland | dipotong 6 – beli online disini
2 biji cili merah besar – beli online disini
1 mangkuk kecil air asam jawa – beli online di sini
BAHAN TUMIS:
1 biji bawang besar | dimayang
2 biji bawang merah | dimayang
*semua dimayang | dimayang
Rempah 4 sekawan
3 sudu besar cili giling – beli online disini
BAHAN KISAR HALUS:
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih – beli online disini
½ inci halia
1 inci lengkuas
½ inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Daging yang dah siap dibersihkan, dicampurkan sekali dengan bahan kisar dan rempah. Perap 20 ke 30 minit.
2. Kemudian panaskan minyak, tumis bahan-bahan tumis dan cili giling hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan daging yang diperap, biar keluar semua air daging.
4. Tutup periuk dalam 30 minit, masak hingga hampir kering airnya. Masukkan air, biar daging sampai lembut atau empuk.
5. Masukkan air asam jawa dan santan, kacau rata.
6. Masukkan kerisik, gula melaka dan garam. Biar pekat kuahnya. Rasa jika sudah cukup rasanya.
7. Masukkan bawang besar yang dipotong 6, cili besar merah dan hijau sebagai hiasan. Siap.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!