Resipi daging masak manis ini memang sesuai untuk citarasa sekeluarga termasuklah kanak-kanak. Jika mencari menu yang tak pedas menu berkuah pekat ini boleh dicuba.
300gm daging potong kecil & rebus hingga empuk
4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih & buah pelaga)
1 biji kentang -dipotong 8 dadu besar
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar gula
Garan
Serbuk perasa
Minyak masak
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1inci halia
1 batang serai
4 sudu makan cili kering – direbus & kisar)
Baca: Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
1. Tumis rempah empat sekawan hingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga garing.
2. Masukkan gula, garam, serbuk perasa, sos cili, sos tomato dan sos tiram.
3. Masukkan daging bersama sedikit air rebusan daging dan juga kentang untuk memekatkan kuah.
4. Masak sehingga kentang empuk dan kuah agak pekat. Tutup api, siap resipi daging masak manis!
Kredit resipi & foto: Erma Azizie