Resipi Daging Palembang Warisan Ibu Mertua. Memang Sedap & Patut Dicuba

Share

Daging Palembang adalah menu warisan dari orang tua dulu-dulu. Ada pelbagai versi dan cara masak, namun rasanya tetap sedap. Gabungan rasa pedas dan manis kicap menjadikan menu ini salah satu sajian yang wajib dicuba. Nak masaknya pun tidak sukar. Saudari Rosni Musa ada kongsikan resipi yang diwarisi dari ibu mertuanya. Anda patut cuba.

CARA MASAK DAGING PALEMBANG WARISAN MERTUA

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMASAK:

1. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia hingga halus. Kalau buat dalam kuantiti yang banyak, guna mesin pengisar supaya kisaran menjadi halus.

2. Panaskan 1/4 cawan minyak dan tumis rempah 4 sekawan hingga naik bau.

3. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar bersama serai dan sedikit halia yang diracik. Tumis seketika.

4. Kemudian masukkan pula cili kisar dan rempah kari. Kacau rata.

5. Tuangkan sedikit air. Kacau sebati.

6. Terus tumis bahan-bahan tadi sehingga pecah minyak.

7. Masukkan daging yang telah direbus empuk menggunakan pressure cooker. Jika tiada, boleh masukkan hirisan daging dan juga air. Reneh hingga lembut.

8. Bila kuah sudah memekat, masukkan sedikit santan. Resipi ini hanya menggunakan sedikit santan.

9. Kacau dan renehkan lagi sehingga pekat.

10. Perasakan dengan garam, perasa dan sedikit gula. Jangan terlalu banyak kerana nanti akan dimasukkan kicap.

11. Tambahkan pula asam keping.

12. Kemudian renjiskan kicap manis. Jumlahnya tidak terlalu banyak. Cukup sekadar untuk menukar warna kepada sedikit kelabu sahaja dan tidak kehitaman.

13. Akhir sekali, taburkan daun kari.

14. Kacau rata dan renehkan sehingga pekat.

15. Daging Masak Palembang siap untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Rosni Musa

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur