Daging adalah hidangan utama untuk dimakan selain ayam dan ikan. Daging bakar adalah salah satu hidangan daging yang sangat sedap. Apatah lagi bila dimakan dengan air asam. Daging bakar yang lembut dan cita rasa air asam yang mengasyikkan membuatkan hidangan ini digemari untuk dimakan dengan nasi ataupun diratah begitu sahaja. Jom kita cuba masak.
DAGING BAKAR AIR ASAM
.
BAHAN DAGING BAKAR
• Daging lembu
• Halia
• Bawang putih
• Kunyit
CARA MEMBUAT
1. Kisar halia, bawang putih dan kunyit.
2. Perap daging dengan bahan kisar selama sejam.
3. Bakar dengan api perlahan.
BAHAN AIR ASAM
• Air asam jawa
• Potong bawang merah
• Cili api
• Daun kesom
• Tomato
• Kasturi
• Belacan (dibakar)
• Budu
CARA MEMBUAT
1. Gaulkan semua bahan. Boleh tambah gula merah dengan budu kalau nak.
2. Jangan mahu, boleh tambah garam dan gula.
Kalau korang nak menu daging yang sempoi, cepat dan mudah disediakan. Korang boleh cuba menu Daging Tumis Bawang Putih Sos Tiram, tak rugi cuba kerana menu ini sungguh mudah dibuat.
Pendek kata sekali cuba mesti teringin nak masak lagi. Yang pasti cepat dimasak senang dimasak, tak nak lah duduk di dapur lama-lama masa PKP ni.
DAGING TUMIS BAWANG PUTIH SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
250gm daging batang pinang | hiris nipis
5 ulas bawang putih | cincang kasar
1 biji bawang Holland | dadu kasar
Sedikit hirisan cili benggala merah dan hijau
1 1/2 sudu makan gula Melaka | hancurkan
1 sudu makan sos tiram
Minyak masak secukupnya
BAHAN PERAPAN DAGING:
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan tepung
1 sudu makan kicap cair
1 sudu teh serbuk lada hitam kasar
CARA MEMASAK:
Gaulkan hirisan daging dengan bahan perapan lebih kurang 30 minit.
Panaskan minyak. goreng daging yang telah diperap hingga separuh masak.
Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan sedikit minyak, tumis pula bawang putih hingga wangi dan kekuningan.
Masukkan daging yang telah digoreng separuh masak tadi dan kacau rata seketika.
Masukkan gula Melaka dan garam cukup rasa, kacau rata.
Kecilkan api, masukkan bawang Holland, kacau rata hingga bawang layu.
Akhir sekali masukkan hirisan cili benggala dan sos tiram sebagai perasa.
Kacau rata lebih kurang. Kemudian tutup api dan daging sedia dihidangkan.
Terasa nak makan Gulai Daging? Meh cuba resipi Gulai Daging Cincang Bersama Rebung ni. Menurut empunya resipi; Mama Ayu Kitchen, ini adalah masakan versi utara. Wow! Tengok gambar pun dah tahu sedap. Jom cuba!
GULAI DAGING CINCANG BERSAMA REBUNG VERSI UTARA
BAHAN-BAHAN:
Daging cincang ( anggaran harga RM10)
2 batang rebung ( warna kuning)
Santan secukupnya ( anggaran RM2)
1 paket rempah kari pedas Babas
Garam & serbuk perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
4 sudu makan cili boh
Sedikit belacan
BAHAN TUMIS:
4 sudu makan minyak masak
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
4 tangkai daun kari
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga naik bau.
Kemudian masukkan bahan kisar. Kacau rata anggaran 5 minit.
Seterusnya masukkan rempah kari.
Bila rempah dah naik bau, masukkan daging cincang bersama 1 garpu. ( penggunaan garpu bertujuan untuk cepatkan daging empuk)
Biarkan daging masak dalam 45 minit atau hingga lembut. Semasa proses ini, tutup penutup periuk.
Bila dah lembut, masukkan santan dan tambah air secukupnya. Biar hingga mendidih seketika.
Seterusnya masukkan rebung, garam dan perasa mengikut citarasa masing-masing.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira