Selalunya bila pergi kenduri kahwin pasti ada terhidang kuah Dalca Ayam Dan Sayuran ni bukan? Selain sedap dimakan bersama nasi, kuah Dalca Ayam Dan Sayuran ini juga sesuai dimakan bersama roti. Marilah kita cuba buat sendiri ikut resipi yang dikongsikan oleh Haninah Salim ini.
RESIPI DALCA AYAM DAN SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor dipotong 16 atau ikut suka – ayam cuci dengan tepung
2 cawan kacang dal – direndam satu jam dan direbus separuh empuk
2 biji terung dipotong 8
10 batang kacang panjang – dipotong satu inci
1 batang lobak merah – dipotong jejari 1 inci
BAHAN TUMIS:
3 pelepah daun kari
2 batang serai dititik
2 batang kulit kayu manis –BELI ONLINE
5 biji buah pelaga –BELI ONLINE
5 biji cengkih –BELI ONLINE
3 kuntum bunga lawang –BELI ONLINE
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit
2 inci lengkuas
CARA-MEMBUAT:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan tumis dengan api kecil. Kacau 2 minit.
2. Masukkan bahan kisar. Masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan cili kisar. Masak hingga kembali pecah minyak.
5. Masukkan rempah kari. Kacau rata 2 minit.
6. Masukkan kiub ayam, asam keping dan ayam. Kacau rata dalam 2 minit.
7. Masukkan santan cair dan masak hingga ayam separuh empuk.
8. Masukkan kacang dal yang sudah direbus, lobak merah dan kentang. Tutup periuk. Masak anggaran 3 minit.
9. Masukkan kacang panjang, terung dan semua cili. Masak lagi 3 minit.
10. Masukkan santan pekat dan tomato.
11. Sebaik kuah mendidih, perasakan dengan gula perang dan garam. Jika kuah terlalu pekat, tambah air panas.
12. Tutup api. Nikmati dalca bersama nasi beriani, nasi putih, roti, roti canai atau dimakan begitu sahaja.
NOTA:
1. Boleh gunakan ayam kampung muda (usia 6 hingga 9 bulan).
2. Sila ubah suai bahan mengikut cita rasa sendiri.
Sumber kredit: Haninah Salim via Resipi Mudah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official