Ada yang mengidam kuih tradisional seperti bahulu atau kuih dangai? Sedapnya kalau dapat makan kuih ni lengkap dengan kopi panas. Pertamanya kalau nak membuat kuih dangai ni paling utama ialah perlu ada acuannya. Bagi yang nak mencuba kuih lejen ni dikongsikan cara membuatnya.
Dangai Bahan-bahan: 4 cawan kelapa muda 2 cawan tepung pulut-BELI ONLINE DI SINI 1 cawan gula(boleh kurang kalau tak suka manis) 1/2 sudu kecil garam Sedikit air kelapa
Cara memasak: 1.Gaul semua bahan di atas kecuali gula(gula cik mas tak gaul sekali dengan tepung tadi) Gaul manja ja. Jangan ramas. Nnti kuih jadi padat. 2.Letak tepung yang digaul tadi dalam acuan. 3.Tabur gula atas adunan. Renjis-renjis sedikit air kelapa bagi lembab. Jangan renjis banyak sangat. 4.Tutup acuan. 5.Bakar dalam acuan yang ditabur sedikit tepung pulut. Bakar hingga masak.
Burger Malaysia merupakan antara kuih kegemaran ramai. Kegebuan roti dan kepedasan sambal ikan bilis itu pasti akan buat kita teringat-ingat. Sedap melekat! Jika anda teringin makan burger Malaysia ni, boleh cuba buat sendiri di rumah menggunakan resipi Hidayati Hana.
RESIPI BURGER MALAYSIA
RESIPI DOH:
Bahan A:
200ml air suam
1 sudu besar yis
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat
Bahan B:
2 cawan tepung
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar butter
Secubit garam
Bahan Lain:
Sambal Tumis Ikan bilis
Timun
Salad
CARA PENYEDIAAN:
1. Campurkan semua bahan A dan kacau sebati.
2. Biarkan sampai yis berbuih.
3. Campurkan bahan B dalam mangkuk yang lain dan masukkan bahan A sedikit demi sedikit.
4. Uli hingga lembut dan tak melekat pada tangan.
5. Perap selama 1 jam dan tekan angin doh, bentukkan bulat-bulat.
6. Bila doh dah kembang, goreng menggunakan api sederhana sekali balik saja.
7. Ambil bun tadi dan belahkan kepada dua bahagian.
8. Letakkan sambal ikan bilis dan timun.
9. Letakkn salad jika suka.
10. Sedia untuk dimakan.
Jika anda memerlukan FOOD STEAMER baru, boleh cari DISINI.
Rahsia daging panggang yang sedap selain daripada daging yang segar, sos perapannya paling penting yang menentukan kelazatannya.
Herba secukup rasa,dan adunan sos yang betul, memang pasti sedap. Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh lina pg ini.
LAMB CHOP BLACKPEPPER SAUCE
.
BAHAN-BAHAN :
4 keping daging kambing
1/2 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis (empunya resipi gunakan kicap mee)
3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1sm halia(tumbuk kasar)
Lada hitam, lada sulah, rosemery,tyme,oregano | secukup rasa
Sedikit minyak zaitun
CARA MEMASAK :
1. Bersih daging kambing dan toskan
.
2. Ketuk-ketuk sedikit bahagian isi daging kambing supaya daging tidak liat.(Lina pg empunya resipikn guna meat Tenderlizer ala hammer tu)
3. Lumurkan kepingan daging kambing dengan kiub ayam,diikut dengan herba (lada hitam, rosemery,oregano,tyme dan mixed herba). 4.Gaukan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
5. Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
6.Letakkan sedikit minyak zaitun supaya daging tak kering
7. Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam daging…memang best
8. Bakar daging sehingga masak.Lina pg guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus
Air tangan VIP kali ini mendekati Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) Selangor merangkap Ketua Biro Ekonomi Wanita PKR Malaysia. Dalam masa yang sama wanita ayu ini juga adalah ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Namun dalam kesibukan menggalas tiga tanggungjawab ini, Datin Anizan Othman tetap menjadikan aktiviti memasak sebagai rutin hariannya di rumah. RASA sempat menikmati juadah air tangannya yang enak.
.
Tiga juadah sudah dihidangkan adalah Rendang Kerang Semadi, Udang Petai Tempoyak Bonda pencuci mulut Sagu Sayang Bermandi Santan. Wah, hebat sungguh ‘penjenamaan’ semula nama resipi olahan Datin Anizan, puitis juga orangnya.
Untitled design (19).
“Resipi yang saya masak hari ini kesemuanya kesukaan anak-anak yang juga penggemar makanan laut . Sebenarnya semua orang boleh memasak, orang tak pandai masak pun boleh buat. Nak masak ni kena rajin, antara nak dengan tak hendak sahaja. Saya pun taklah pakar sangat dalam bab memasak tetapi kita kena ambil tahu hal memasak ni,” kata ibu kepada empat cahaya mata yang sudah dewasa dan remaja.
Ceritanya lagi arwah ibunya memang pandai memasak. “Arwah taklah mengajar saya secara langsung dan tidak pernah mendesak anak memasak, tetapi ibu gemar menegur jika ada yang terkurang rasa setiap kali menikmati masakan saya. Alhamdulillah, ibu memang suka masakan saya, dia beri kepercayaan penuh dalam bab memasak ini kepada saya, “ujarnya lagi yang baru ‘kehilangan’ ibunya pada tahun lalu.
Di antara petua memasak yang menjadi amalannya ialah bila memasak rendang batang serai hanya diketuk tetapi jika untuk daging serai perlu dikisar. Kerang juga perlu dibasuh sebelum rebus, dan usah basuh selepas mengopek kerana ia menyebabkan kerang hilang manisnya. Bagi udang masak tempoyak pula Datin Anizan lebih suka menggoreng petai sebentar sebelum dimasukkan dalam masakan untuk menghilangkan rasa pahitnya.
Bagi isteri kepada ahli perniagaan Dato Rosdin Datuk Mohd Yusof, 54 tahun ini beliau sentiasa mementingkan selera suami dan anak-anak apabila memasak. Air tangan isteri dan ibu itu juga mungkin antara penguat kasih sayang yang menceriakan keluarga bahagia ini.
RENDANG KERANG SEMADI
BAHAN-BAHAN :
2kg kerang | direbus, kopek dan ambil isi
1 biji kelapa | dibuat santan pekat
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan kicap manis
1 helai daun kunyit | diracik halus
3 helai daun limau purut
2 batang serai | diketuk
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Sedikit air asam jawa
Bahan kisar :
3 sudu makan cili kering
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1. 3sm halia
1.3 sm kunyit hidup
CARA MEMASAK :
Pijarkan minyak dan tumiskan bahan kisar, bila pecah minyak masukkan kicap manis
Masukkan air asam jawa.
Masukkan kerisik, santan dan serai.
Bila santan hampir kering masukkan kerang dan garam secukup rasa
Kemudian masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
UDANG PETAI TEMPOYAK BONDA
.
BAHAN-BAHAN :
1kg udang saiz sederhana
3 papan petai dibuang kulit | digoreng separuh masak
½ cawan tempoyak
½ cawan santan
½ cawan air
3 sudu makan minyak masak
1 helai daun kunyit | diracik
½ sudu gula
Garam secukup rasa
Bahan tumbuk :
1.3sm kunyit hidup
1.3sm halia
10 biji cili padi
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
CARA MEMASAK :
Pijarkan minyak dan tumiskan semua bahan tumbuk
Masukkan air, santan dan tempoyak
Bila pecah minyak dan sedikit kering masukkan gula dan petai
Kemudian masukkan udang, garam dan daun kunyit
SAGU SAYANG BERMANDI SANTAN
BAHAN-BAHAN :
300gm sagu mata ikan
Sedikit Pewarna merah
Santan pekat secukupnya
Secubit garam
3 ketul gula Melaka
CARA MEMASAK :
Sagu dibasuh bersih, kemudian direbus di atas api sederhana.
Masukkan pewarna merah
Didihkan gula melaka dengan setengah cawan air, kemudian masukkan daun pandan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!