Ada yang mengidam kuih tradisional seperti bahulu atau kuih dangai? Sedapnya kalau dapat makan kuih ni lengkap dengan kopi panas. Pertamanya kalau nak membuat kuih dangai ni paling utama ialah perlu ada acuannya. Bagi yang nak mencuba kuih lejen ni dikongsikan cara membuatnya.
Dangai
Bahan-bahan:
4 cawan kelapa muda
2 cawan tepung pulut-BELI ONLINE DI SINI
1 cawan gula(boleh kurang kalau tak suka manis)
1/2 sudu kecil garam
Sedikit air kelapa
Cara memasak:
1.Gaul semua bahan di atas kecuali gula(gula cik mas tak gaul sekali dengan tepung tadi)
Gaul manja ja. Jangan ramas. Nnti kuih jadi padat.
2.Letak tepung yang digaul tadi dalam acuan.
3.Tabur gula atas adunan. Renjis-renjis sedikit air kelapa bagi lembab. Jangan renjis banyak sangat.
4.Tutup acuan.
5.Bakar dalam acuan yang ditabur sedikit tepung pulut. Bakar hingga masak.
Kredit: Mashitah Shaari
ADA YANG NAK MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, BOLEH LIHAT DI SINI.