Resipi Dari Mertua, Ayam Goreng Simple Buat Menantu Terkenang-Kenang!

Share

Penggemar ayam goreng mamak boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh Kalai ni, nampak sedap. Resipi dari perkongsian ibu mertuanya yang telah tiada membuatkan terkenang dengan masakan ayam gorengnya. Untuk yang ingin mencuba Rasa kongsikan resipinya. Selamat mencuba!

 

RESIPI AYAM KALAI

BAHAN-BAHAN:

(Untuk 2 bahagian drumstick)

  • Serbuk kunyit 1/2 sudu makan
  • Serbuk cili 1 sudu makan
  • Sedikit garam..
  • Gula lebihkan sedikit

NOTA: Janji serbuk cili dan gula lebihkan sedikit kuantitinya daripada serbuk kunyit dan garam)

 

CARA MEMASAK:

  1. Lumurkan kesemua bahan dan goreng dengan api yang perlahan sebab ada gula dan ia mengambil masa menggoreng.
  2. Kena banyak bersabar kalau nak ayam garing dan sedap!

Kongsi resipi: Kalaivani Krishnasamy

Published by
Mastura Abu Kassim