Tak kisah resipi diambil dari mana, asalkan sedap dan mudah, haruslah dicuba. Resipi dark chocolate cookies ini diambil dari aplikasi tiktok, memang menjadi.
Makan pula dengan susu segar, fuhh, memang layan tau. Jom kita cuba resipi yang dikongsi Hardina Sofia ini.
DARK CHOCOLATE COOKIES
BAHAN-BAHAN:
½ cawan gula – beli online di sini
½ cawan gula perang – beli online di sini
½ cawan mentega yang dicarikan (saya guna marjerin sebab tak ada mentega) – beli online di sini
1 biji telur
Esen vanilla
190gm tepung gandum – beli online di sini
Sedikit baking soda – beli online di sini
Dark chocolate @ chocolate chip
TONTON Lasagna Goreng Bersama Sos Cendawan | Dapur Rasa Live
TONTON Kek Berries Selembut Kapas | Dapur Rasa Live
CARA-CARA:
1. Masukkan gula, gula perang, mentega, telur dan esen vanilla di dalam bekas.
2. Kacau sampai sebati. Kemudian, masukkan tepung gandum dan baking soda yang telah diayak. Pastikan tidak letak terlalu banyak baking soda.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Kacau sampai sebati. Jangan kacau beria sangat okey.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Akhir sekali, masukkan dark chocolate atau coklat chip. Masukkan lagi banyak lagi sedap. Gaul hingga semuanya sebati.
6. Letak dalam peti sejuk selama 30 minit atau satu jam. Lepas tu boleh bakar dengan suhu 170C selama 10 minit atau 15 minit. Ikut ketuhar masing-masing ye.
Kredit resipi: Hardina Sofia
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: