Daging dendeng ni sebenarnya ada banyak versi. RASA bawakan resipi yang paling mudah. Tak perlu banyak rempah-ratus.
BAHAN KISAR
10 tangkai cili kering (rebus lembut)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil jintan kasar
1 sudu kecil biji ketumbar
BAHAN-BAHAN
800 gram daging
Kicap manis
Minyak masak untuk menggoreng
6 biji bawang merah kecil
Sedikit asam jawa
Cara Penyediaan Daging
1. Daging direbus lembut. Potong nipis dan tumbuk satu-satu dalam lesung batu. Kemudian perapkan dengan kicap manis dalam tempoh 10 minit. Goreng agak-agak garing sikit. Angkat dan ketepikan.
Cara membuat
1. Hiris bawang merah kecil dan goreng untuk dijadikan bawang goreng. Ketepikan.
2. Tumis semua Bahan Kisar dengan minyak goreng daging tadi. Minyak agak-agak macam masak sambal biasa.
3. Tumis sampai naik minyak. Masukkan kicap manis dan asam jawa sikit. Seimbangkan manis, masin, masam ikut selera masing-masing.
4. Nak berkuah sikit boleh tambah air.
5. Selepas tumisan naik minyak, boleh masukkan daging dan kacau sebati.
6. Tutup api dan tabur bawang goreng tadi.
Selamat mencuba!
Resipi Oleh Ainn Mustafar dari Telegram KakiMakan