Milo chocolate mousse ni memang sedap dimakan sejuk-sejuk. Kali ini RASA kongsikan resipi hidangan pencuci mulut yang ummmph.
Rasanya tak terlalu manis. Lemak berkrim je sebab menggunakan susu penuh krim. Milo dan coklat gelap pula menambah cita rasa wow.
MILO CHOCOLATE MOUSSE
Ads
BAHAN-BAHAN
1 ¾ cawan susu penuh krim 1/3 cawan tepung jagung 60gm serbuk milo 1 sudu besar serbuk koko 2 sudu besar gula 50gm coklat masakan gelap
CARA MEMBUAT:
1. Dalam periuk, satukan semua bahan kecuali coklat masakan gelap. 2. Kacau sebati sehingga tiada tepung yang berketul. 3. Masukkan coklat masakan gelap dan kacau rata. 4. Letak atas dapur, hidupkan api dan masak menggunakan api sederhana.
Ads
5. Sentiasa kacau sehingga adunan menjadi sebati dan likat. Tutupkan api. 6. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah dioles dengan sedikit minyak masak. 7. Sejukkan seketika dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam. 8. Untuk dihidang, keluarkan daripada acuan dan taburkan serbuk milo.
Belum ada idea nak masak apa untuk makan tengahari ni? Apa kata anda cuba resipi Sotong Masak Hitam stail mamak perkongsian Puan Rabiatun Adawyah Mohamed Din ini. Sangat sedap. Malah warna hitam tu tidak menggunakan dakwat sotong pun. Menurut empunya lagi, resipi ni memang mudah masak dan rasanya tak mengecewakan. Ha…Bolehlah cuba ya.
SOTONG MASAK HITAM MAMAK STYLE
BAHAN-BAHAN:
1kg sotong
1 sudu kecil serbuk ketumbar (*)
1 sudu kecil serbuk jintan manis (*)
1 sudu kecil lada sulah (*)
1 sudu besar serbuk cili (*)
1 sudu kecil serbuk kunyit (*)
1 batang serai – dititik
3 tangkai daun kari
1-2 biji tomato – belah wedges
1 sudu kecil pes @ halia tumbuk
1 sudu kecil pes @ bawang putih tumbuk
1-3 batang cili merah & hijau – dihiris
3 labu bawang besar – dihiris
3 sudu besar kicap pekat (anggaran)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa & secubit gula
Sedikit pes asam jawa
CARA MEMASAK:
Bersihkan sotong dan toskan. Kemudian perap dengan kicap pekat, daun kari (yang diramas atau boleh juga dikisar) danbahan bertanda (*) selama 30 minit.
Panaskan minyak dan tumis serai, kayu manis, bunga lawang, bawang besar dan daun kari.
Bila bawang dah berwarna keperangan,masukkan pes halia dan bawang putih.
Masak sebentar dan masukkan sotong yang diperap tadi. Kacau rata hingga sotong masak.
Masukkan sedikit pes asam jawa. Gaul rata. Sotong tak perlu masak lama kerana isinya akan keras.
Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kalau nak lebih hitam,boleh tambah kicap pekat. Masukkan juga cili dan tomato yang dipotong.
Gaul rata dan padamkan api. Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Serbuk ketumbar, jintan putih dan serbuk cili bolehdisangai dulu dan kisar Ia akan menjadikan hidangan rasa lebih sedap.
Bagi yang biasa buat kek terutamanya Kek KejuLeleh, pasti kenal dan biasa menggunakan Whipping Cream ni. Harganya pun boleh tahan mahal. Menerusi perkongsian FB Soleh Fattah, beliau kongsikan cara-cara menghasilkan Whipping Cream secara homemade. Ia bertujuan membantu para bakers yang punya masa yang agak terhad untuk keluar mencari barang dan juga menjimatkan kos. Jom cuba.
RESIPI WHIPPING CREAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1 sudu makan ovalette – beli online disini
5 sudu makan susu pekat manis – beli online disini
4 sudu makan susu tepung (susu powder) – beli online disini
3 sudu makan gula – boleh kurangkan kalau tak suka manis
1 bekas ais – pastikan ais dalam ketulan kecil supaya senang nak pukul
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan dalam bekas besar. Gaul hingga sebati.
2. Pukul campuran menggunakan mixer selama 1 minit menggunakan kelajuan paling rendah. Ia bagi mengelakkan ais terkeluar dari bekas.
3. Masuk minit kedua, tingkatkan kepada kelajuan sederhana. Pukul selama 3 minit sehingga tak nampak ais. Masa ni tekstur adunan sudah berkrim dan kembang.
4. Bila ais dah tak ada (boleh dengar bunyi ais masa sedang adun), boleh tingkatkan kelajuan pengadun kepada maksimum. Pukul selama 2 minit sahaja. Jangan overbeat.
5. Siap dan bolehlah digunakan. Masa penyediaannya hanyalah 5-6 minit sahaja.
Rasa Instafamous, Program Memasak RASA untuk siri yang keempat ini menampilkan Instafamous pertama lelaki dan bujang, Wan Mohd Raffie Wan Yusof, anak kelahiran Terengganu.
Beliau yang berhijrah ke Kuala Lumpur dan kini aktif menjalankan bisnes online kek dan pastri tidak menduga dipilih sebagai tetamu Rasa Instafamous untuk berkongsi tiga resipinya. Apa yang menarik, selain pandai memasak, Raffie juga sebenarnya seorang yang pakar dalam kek dan pastri.
Sebagai buah tangan untuk semua penonton Rasa Instafamous, Raffie telah berkongsi tiga resipi kegemarannya, Kerabu Mangga, Sambal Udang Petai dan Bubur Pulut Hitam yang sangat menggoda rasa melihat Raffie menyediakan masakan tersebut.
Menariknya, gabungan Raffie bersama pengacara Auntie Aini umpama ibu dan anak yang begitu serasi berkongsi passion yang sama di dapur. Sambil memasak bersama, mereka saling berkongsi tip dan petua memasak dengan penonton, sudah tentu suasana ini mengembalikan nostalgia penonton memasak bersama ibu di kampung.
Pengaruh Media Sosial
Instafamous masakan yang mempunyai follower lebih 205k ini memang tidak menyangka kuasa media sosial boleh menjadikan seseorang itu ramai follower dan mampu menjana pendapatan lumayan jika rajin berusaha.
“Saya mula berjinak dengan kerja memuat turun video masakan hanya setahun lepas dengan niat sekadar suka-suka di instagram. Kebanyakan video masak saya adalah resipi yang mudah, ringkas dan sedap pada tekak orang bujang macam saya. Sambil masak saya rakam video .
“Dari hanya memuat turun video dan gambar, akhirnya ramai yang mintak saya sharekan sekali resipi. Secara tak sengaja saya bagaikan ada komitmen bila masa terus buat video sekali untuk disharekan di Instagram. Semua ini bermula hanya setahun lepas je. Tak sangka bila ramai follower. Saya dapat pula rezeki untuk review beberapa produk berkaitan makanan untuk dimuat turunkan dl instagram saya.
Sekarang Raffie telah membuat review beberapa produk secara langsung atau tidak langsung dengan cara memasukkan produk tersebut dalam masakan yang dimasak olehnya.
“Media sosial sekarang bukan hanya sebagai saluran untuk promosi produk tetapi juga boleh mendatangkan bisnes. Seronok bekerja sendiri seperti ini, lebih-lebih lagi melakukan kerja yang saya minat dan mengikut fleksibel masa sendiri. Apa yang penting adalah kesungguhan dan disiplin diri untuk berjaya,” ujar Raffie mengucapkan terima kasih kerana diberi kepercayaan sebagai tetamu program Rasa Instafamous.
Untuk anda yang belum menyaksikan program memasak Rasa Instafamous, jangan lupa saksikan di saluran Astro Proma dan Maya HD setiap hari Insin jam 12.00 tengah hari dan siaran ulangan pada jam 9.00 malam.