Resipi Donat Cheese Sedap & Gebu. Guna Keju Keping Je. Memang Mudah Dan Sedap!

Share

Bagi penggemar donat, resipi perkongsian saudari Safiyya Zaidziqry ni antara yang anda perlu cuba. Bukan donat biasa tau. Ni donut keju. Bila digoreng, meleleh keju cair. Memang menggoda habis! Teksturnya yang garing diluar dan gebu didalam menjadikan hidangan ni sangat enak dan tak puas dimakan. Jom cuba. Nak buat pun mudah je.

 

RESIPI DONAT KEJU – sukatan doh untuk 12 biji.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan susu pekat manis
  • 1 sudu makan marjerin
  • 1/2 sudu makan gula
  • 1 sudu makan susu tepung
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh serbuk vanilla/vanilla powder – boleh abaikan jika tiada. Fungsinya untuk bagi bau wangi.
  • 1 sudu makan yis ( mauripan)
  • Air suam secukupnya
  • Keju cheddar – potong 4.

 

CARA MEMASAK:

1. Gaul bahan kering ( tepung gandum, gula, susu tepung, baking powder, serbuk vanilla dan yis). Gaul hingga sekata.

2. Kemudian masukkan susu pekat manis dan marjerin. Gaul dan ramas hingga jadi seakan serbuk roti.

3. Masukkan air suam sedikit demi sedikit dan uli sampai doh tidak melekat di tangan. Jangan letak air terlalu banyak sekaligus bagi mengelakkan doh jadi terlalu lembik.

4. Perap doh selama 1/2 jam supa kembang. Kemudian tumbuk doh bagi mengeluarkan angin.

5. Cubit doh sebesar ketulan cekodok, leperkan dan letak kepingan keju di tengahnya. Pastikan keju dibelah 4. Jika masukkan 1/2 keping keju, nanti donat akan bocor masa digoreng.

6. Tangkupkan doh menjadi bulat. Buat hingga habis adunan. Perap doh seketika sebelum dimasak.

7. Panaskan minyak dan goreng donat hingga garing. Angkat dan sedia untuk dinikmati.  Jika suka, boleh juga salut donat dalam gula halus.

 

 

Kredit resipi & foto: Safiyya Zaidziqry

Published by
Nur